Kawan Blog

Nombor Anda..:)

04 June 2009

Lukisan Hidup...

Mendengarkan alunan nasyid 'Nostalgia' dari Shoutul Amal membuatkan hati terbuai sebentar. Begitu cepat masa yang Allah pinjamkan kepada kita berlalu pergi. Seperti baru semalam aku dan rakan-rakan seperjuangan berkumpul bersama menjalani kehidupan sebagai penuntut...Fisabilillah... Hati berbawa-bawa dengan perasaan rindu pada suasana pengajian dan dikelilingi rakan-rakan yang sama - sama bersusah payah mengharungi hidup di kampus UiTM Manjung, Perak.

Bagi diri ku yang lahir dari keluarga yang tidak berada, sedikit-sebanyak terkesan dengan tuntutan keperluan dan kehendak hidup sebagai penuntut di daerah sendiri.

Dek kerana susah hendak mendapatkan duit untuk membeli buku teks, aku merajinkan diri dan menebalkan muka mencari senior yang boleh dijadikan 'book banker'. Alhamdulillah, aku dapat seorang kakak yang amat senang untuk meminjamkan buku-bukunya. Terima Kasih kepada kakak ku itu.

Begitu juga halnya dengan sahabat baik ku ini. Kehidupannya sebagai anak Yatim Piatu menginsafkan diriku ini. Mengenangkan dirinya dan bagaimana dia menjalani kehidupan sebagai anak Yatim Piatu membuatkan aku berasa amat bersyukur kerana masih dipinjamkan ibubapa untuk aku menumpang kasih sayang. Terasa amat sayang kepada dirinya sehingga timbul pula rasa cemburu jika dia dirapati oleh orang lain.

Bila dikenangkan perkara itu, aku jadi gelihati dengan sikap tidak matangku yang kengkadang menjerat diri sendiri.

Pengalaman Memang Guru Yang Paling Baik.

Banyak lagi pengalaman ketika dipengajian yang masih segar terpahat di minda ku ini yang akan aku coretkan disini buat pengajaran dan peringatan diriku dan pembaca (jika ada hehehe).

Dari pengalaman yang dilalui, dapat aku simpulkan..sebagai manusia yang dipinjamkan Allah untuk melewati kehidupan didunia ini, haruslah kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah Maha Pencipta..jika hubungan utama ini dijaga rapi nescaya untuk berhubung dengan manusia dan alam sudah tentu tiada masalahnya lagi.

Peringatan untuk diri ku khususnya...Jagalah Solat dan Adab mu dengan ALLAH.

Senyum selalu ya...

Sumaiyah...

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh

Labels

NakCeritaJerr... (228) Kisahku (69) Dunia Amira (58) More Than Words (45) Dunia Qaseh (42) PeringatanTuu.. (33) CiterrMereka.. (31) Cerita Makan (25) MacamLerKreatipSangat.. (24) SegmenIbu (20) Rumah Idaman (15) CeritaTanaman (14) Tips (13) BangkuKosong (8) Cerita Serius... (8) CeritaSekolah (7) Terengganu (6) NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya (5) Cerita Travel (4) Visit Malaysia (4) Cerita Hari Raya (3) DuluDulu (3) Broga (2) Korea (2) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020 (2) PKP 2020 (2) PKP 3.0 (2) PKP Kedua (2) PKPD 2020 (2) PSRA2016 (2) Sugar Glider (2) Tasik Kenyir (2) Tempat Cantik Di Korea (2) Tutty n Fruity (2) UPSR2016 (2) Ucapan Selamat Hari Lahir (2) UiTM (2) cerita kreatif (2) hiking (2) Anaksulong (1) BEIJING (1) BELAJAR JARAK JAUH (1) BELAJAR MODE FLEKSIBEL (1) Belimbing Buluh (1) BukitGasing (1) CHINA (1) COVID19 MALAYSIA (1) Daddy (1) Diari (1) EqbalZack (1) FINAL TEST (1) FREETRIP (1) GINAL EXAM (1) ICEPS (1) INC450 (1) Jeju -Do (1) Kawan di Era 20 (1) Kenangan Bersama Arwah (1) Lesen Memandu Antarabangsa (1) LimauMadu (1) MCO (1) MELANCONGPERCUMA (1) MINGGU KE 14 UiTM. (1) MasukSekolah (1) Melancong (1) Motivasi (1) Nami Island (1) Nasihat (1) PELAJAR TUA (1) PJJ (1) PKPB SELANGOR (1) Pantai Batu Buruk (1) Pasar Besar Kedai Payang (1) PengalamanMengusikIngatan (1) Pulau Air Terjun Saok (1) Pulau Herba (1) Pulau Jeju (1) Rabbits (1) Ramadah2021 (1) Raya Di Bandar (1) Raya Tak Boleh Balik Kampung (1) SECOND DEGREE (1) Selamat Hari Lahir (1) Seogwipo Jeju (1) Syawal 1442 H (1) Taman Tamandun Islam (1) Travel Ke Jeju (1) Upin Ipin (1) Vacation (1) Versi Kawan (1) Visit Jeju (1) WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE (1) Yongmoeri Coast (1) brogahill (1) bukitbroga (1) haji (1) shah alam (1) treking (1) umrah (1)