Kawan Blog

Nombor Anda..:)

Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

01 April 2013

Terengganu 2013 :Pasar Besar Kedai Payang : Batik Crepe, Batik Diamond Silk & dll

Assalamualaikum..
Pasar Besar Kedai Payang....nape aku panggil pasar kepayang? Memandai jer aku..
Baiklah, awal pagi daddy g opis di area Kuala Terengganu. Sementara tu ibu dan anak-anak rehat-rehat di hotel dan kemas-kemas untuk check out jam 12 tgh hari nanti. 
Selepas check out, destinasi kami hanya lah Pasar Besar Kedai Payang yang sangat glemer dikatakan ada menjual pelbagai corak kain-kain batik (kain pasang). mmmm...sebenarnya semalam (ahad petang lepas balik dari tasik kenyir), kami dah singgah window-window disini...tgk camner rupagaya nyer kedai ni. Maka hari ini melihat2 lagi sebelum pulang ke shah alam. Memang banyak laaa kedainyer. boleh lihat gambar2 dibawah...
 
Yang bestnyer berjalan ke tempat kain-kain macam ni, aku biasanya rambang jugak la mata kan...tetapi ditahan-tahan lah jugak sebab bajet terhad dgn apa yg ada dlm dompet jer...akan TETAPI...bila daddy yang rambang mata-ibu jadi bertambah semangat!!! hehehe...sebab! bila daddy rambang mata, insyaAllah daddy akan rembat semua yg dia berkenan supaya dia tak menyesal bila balik nanti.....heyyyyy....
 
Pelik la daddy ni, dia tak rambang mata tuk pilih barang2 dia...dia rambang mata tuk pilih kat ibu...mmm..hasilnya sampai kena stopkan " sudah la bang, ade rezeki kita datang lagi ya..jahit dulu semua yang dibeli ni..." (ekekek bagus tak nasihat akauntan kurang tauliah ni)
 
 
Harga batik disini..mungkin lebih murah kot..sebab kalau dishah alam, memang maleh nak pandang kedai batik2 ni...kompom mehe tak masuk akal...
disini batik silk ada yang semurah rm 100.00 sepasang. itu je yg dapat aku tawar menawarkan...tak pandai sgt bab-bab tawar ni....
 
Untuk batik crepe, memandangkan tengan glemer jenis kain ni, paling murah boleh dapat rm 170. Rasanya boleh murah lagi kot..
 
Upah letakkan berlian,  RM10.00  untuk sepasang baju yg dibeli di kedai tersebut.Pandai2 lah bertanya ya..:)



Jom masukk



Yang itam tu memang cantik..sutera ape ntah namanya...lembut sangat...mudah nak gosok..:)





Beli survenier untuk kawan qaseh n mira...


berhadapan pejabat pos kedudukannya

Muka puas???? ish ish ish ish

30 March 2013

Terangganu 2013 : Tasik Kenyir :Pulau Herba & Pulau Air Terjun Saok

Assalamualaikum
Lawatan kami meliputi 2 pulau yang kedua jauh dari jeti Tasik Kenyir iaitu Pulau Herba dan Pulau Air Terjun Saok. Harga Tambang yang dapat kami tawar adalah RM130 kedua-dua pulau ini. Pergi dan balik.


Pondok harmoni untuk tetamu yg datang. Boleh Minum air teh herba disini. Tapi  kami tak berkesempatan kerana ramai pelawat lain sama-sama hadir kesitu.









Perjalanan ke pulau Air Terjun Saok

Rumah peranginan Kerajaan

Nampak Titi di depan tu?...kami tak boleh melepasi titi tu sebab air naik keparas paling tinggi.

Dah sampai...:) Alhamdulillah

Tengok?...tangga jeti pulau pun tenggelam habis. Pakcik boat ni cakap, air yang naik kali ni adalah yang paling tinggi dalam sejarah di Tasik Kenyir..

Tadaaaaaaaaaaaa...Kami tak naik tempat tinggi lagi...malas nak panjat...

Janji anak-anak dapat mandi di  tempat datar sikit , kira ok laaa

Pemandangan dari salah satu wakaf di sini


Akibat tak bawa seluar lebih untuk Qaseh

Ini plak dayang-dayang ku...hehehe..Amira., terpaksa di pakaikan kain batik ala-ala dayang puteri mandi . Ikatkan ajer di bahu tu...



Jom balikkk.....:)

Pulau ni cantik. Ada lagi pulau yang penuh dengan ikan-ikan. tapi tambangnya cecah RM450 untuk kesana....hehe..tak pe lah..maybe lain kali jer kot kami kesana...InsyaAllah..:)

29 March 2013

Terengganu 2013 : Tasik Kenyir : Tambang Bot


Alang-alang hari ahad free ... kami decided untuk ke Tasik Kenyir. Nak lihat ciptaan Allah lagi..
Excited sampai di sini , jenguk-jenguk dan lihat-lihat...terus booking boat.
Harga boat yang kami dapat...RM130 ...perjalanan ke Pulau Herba dan Air Terjun Saok


 Yey...kami nak ke Tasik Kenyir....:)

dari jambatan  boleh nampak Masjid Kristal


pandangan dari atas bukit

Banyak betul lori keluar  bawa kayu balak...sepanjang perjalanan kami ke kawasan berdekatan tasik kenyir ni...ada dalam 5-6 lori yang berselisihan...rimas laa

Ada pusta penerangan untuk di tanya apa2 yang patut...memang diaorang akan layan aje..

Ada kedai cenderahati...nak beli   baju kanak-kanak..tak delah pulak, anak-anak takde baju persalinan lah macam ni...nak g mandai air terjun kat pulau sana..

Bot TNB pun ada...tapi kami bukan nak naik bot ni..

Satu Bot Kami dapat harga RM130 untuk ker 2 destinasi. Pulau Herba & Air terjun Saok. Harga perjalanan bot bergantung kepada destinasi yang di pilih. Makin jauh pulau yang hendak di pergi, makin mahal lah tambangnya. Paling murah perjalanan mungkin boleh dapat dalam rm60. Hanya pergi ke pulau berdekatan.


Pemandangan  Asli Buatan Allah

Kami nak ker Taman Herba....jom lihat...

28 March 2013

Terengganu 2013 : Pantai Batu Buruk


Assalamualaikum...
Baru berpeluang tuk update blog. Berkenaan lawatan kami di Terengganu tak abih lagi. Kali ni Suasana Pantai Batu buruk. Memang betul-betul gambar di tepi pantai ajer...hehehe
Hotel yang kami inap bertepian dengan pantai. Berjalan dari persisiran pantai di tepi hotel boleh sampai ker kawasan pantai yang di kunjungi ramai-berhampiran gerai2 jualan.

Hotel tersebut namanya Intan Resort












Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh

Labels

NakCeritaJerr... (228) Kisahku (69) Dunia Amira (58) More Than Words (45) Dunia Qaseh (42) PeringatanTuu.. (33) CiterrMereka.. (31) Cerita Makan (25) MacamLerKreatipSangat.. (24) SegmenIbu (20) Rumah Idaman (15) CeritaTanaman (14) Tips (13) BangkuKosong (8) Cerita Serius... (8) CeritaSekolah (7) Terengganu (6) NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya (5) Cerita Travel (4) Visit Malaysia (4) Cerita Hari Raya (3) DuluDulu (3) Broga (2) Korea (2) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020 (2) PKP 2020 (2) PKP 3.0 (2) PKP Kedua (2) PKPD 2020 (2) PSRA2016 (2) Sugar Glider (2) Tasik Kenyir (2) Tempat Cantik Di Korea (2) Tutty n Fruity (2) UPSR2016 (2) Ucapan Selamat Hari Lahir (2) UiTM (2) cerita kreatif (2) hiking (2) Anaksulong (1) BEIJING (1) BELAJAR JARAK JAUH (1) BELAJAR MODE FLEKSIBEL (1) Belimbing Buluh (1) BukitGasing (1) CHINA (1) COVID19 MALAYSIA (1) Daddy (1) Diari (1) EqbalZack (1) FINAL TEST (1) FREETRIP (1) GINAL EXAM (1) ICEPS (1) INC450 (1) Jeju -Do (1) Kawan di Era 20 (1) Kenangan Bersama Arwah (1) Lesen Memandu Antarabangsa (1) LimauMadu (1) MCO (1) MELANCONGPERCUMA (1) MINGGU KE 14 UiTM. (1) MasukSekolah (1) Melancong (1) Motivasi (1) Nami Island (1) Nasihat (1) PELAJAR TUA (1) PJJ (1) PKPB SELANGOR (1) Pantai Batu Buruk (1) Pasar Besar Kedai Payang (1) PengalamanMengusikIngatan (1) Pulau Air Terjun Saok (1) Pulau Herba (1) Pulau Jeju (1) Rabbits (1) Ramadah2021 (1) Raya Di Bandar (1) Raya Tak Boleh Balik Kampung (1) SECOND DEGREE (1) Selamat Hari Lahir (1) Seogwipo Jeju (1) Syawal 1442 H (1) Taman Tamandun Islam (1) Travel Ke Jeju (1) Upin Ipin (1) Vacation (1) Versi Kawan (1) Visit Jeju (1) WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE (1) Yongmoeri Coast (1) brogahill (1) bukitbroga (1) haji (1) shah alam (1) treking (1) umrah (1)