Kawan Blog

Nombor Anda..:)

Showing posts with label PeringatanTuu... Show all posts
Showing posts with label PeringatanTuu... Show all posts

21 November 2016

Ingatan Waktu KiTA

Ingatan ...

⏰ WAKTU KITA ⏰

Waktu Sedang BERJAYA ~ Kita Merasa Ramai Teman Disekeliling Kita

Waktu Sedang BERKUASA ~ Kita Percaya Diri Melakukan Semuanya Sendiri

Waktu Sedang TAK BERDAYA ~ Barulah Kita Sedar Siapa Saja Sahabat Sejati Yang Ada

Waktu Sedang JATUH ~ Kita Baru Sedar Selama Ini Siapa Saja Teman Yang Memperalat Dan Memanfaatkan Kita

Waktu Sedang SAKIT ~ Kita Baru Tahu Bahawa Sihat Itu Sangat Penting , Jauh Melebihi Harta

Manakala MISKIN ~ Kita Baru Tahu Jadi Orang Harus Banyak Memberi / Menderma Dan Saling Membantu

Masuk USIA TUA ~ Kita Baru Tahu Kalau Masih Banyak Yang Belum Dikerjakan

Saat DI AMBANG AJAL ~ Kita Baru Tahu Ternyata Begitu Banyak Waktu Yang Terbuang Sia-Sia

Hidup Tidaklah Terlalu Lama ...
Sudah Saatnya Kita Bersama-Sama ...

HIDUP LEBIH BERHARGA !
Saling Menghargai ...
Saling Membantu ...
Saling Memberi ...
Saling Mendukung ...
Saling Mencintai ...

Jadilah Teman Setia Tanpa Syarat ...
Tunjukkanlah Bahawa Kita Masih Mempunyai Hati Nurani Yang Tulus ...
Apa Yang Ditabur Itulah Yang Akan Dituai ...

Allah Tidak Pernah Menjanjikan ...
Bahawa ... Langit Selalu Biru ... Bunga Selalu Mekar Dan Mentari Selalu Bersinar

Taoi Ketahuilah Bahawa Allah ...
Selalu Memberi Pelangi Dalam Setiap Badai ...
Memberi Senyum Dalam Setiap Air Mata ...
Memberi Kasih Sayang Dan Berkat Di Setiap Cubaan ...
Dan Jawapan Dalam Setiap Doa ...

Jangan Pernah Menyerah ...
Terus Berjuanglah ... Life Is So Beautiful And Colourful

Hidup ...
Bukanlah Suatu Tujuan ... Melainkan Sebuah Perjalanan

Saudaraku ...
Indahnya Hidup Bukan Kerana Ramai Orang Mengenal Kita ...
Namun Berapa Banyak Orang Yang Bahagia Kerana Kita ...

✂Jangan Pernah Menjadi  Gunting !
Kerana Gunting Dapat Memotong Sesuatu Menjadi Terpisah ....
Namun Jadilah Benang ... Meskipun Lembut Tetapi Dapat Menyatukan Apa Yang Sudah Terpisah ...

02 November 2011

Kisah 2 Sami - Sami Besar Dan Sami Kecil : Surat kan Yang Tersirat


Assalamualaikum....
Aku menjumpai kisah ini dari wall FB ummuhusna..:).Sangat berminat nak di kongsikan ......nak catatkan pandangan ?..di alu-alukan sangat...:)
 Ia menceritakan tentang du...a orang sami ( monk ) yang sedang bermusafir bersama. Seorang digelar sami besar manakala seorang lagi bergelar sami kecil.
Suatu ketika, mereka sampai ke tebing sebatang sungai dan mendapati jambatan yang merentangi sungai tersebut rosak. Lalu, untuk sampai ke tebing sebelah sana, mereka terpaksa mengharungi sungai. Sedang mereka mengharung air yang agak deras itu, mereka menemui seorang wanita cantik, tersangkut pada jambatan yang rosak dan tidak dapat menyeberang ke tebing.

Sami besar menawarkan diri membantu dengan wanita itu berpaut di belakangnya. Wanita itu menerima.

Walaubagaimanapun, tindakan sami besar itu menimbulkan kejutan pada diri sami kecil.

"Bagaimana abang boleh membawa seorang wanita apabila sepatutnya kami perlu mengelakkan sebarang keintiman dengan perempuan?" Dia berfikir. Akan tetapi mulutnya dikunci rapi.

Dalam pada itu, sami besar membawa wanita cantik itu menyeberangi sungai sementara sami kecil mengikut di belakang. Setelah sampai ke tebing, sami besar membiarkan wanita itu turun dan mereka berpisah mengikut haluan masing-masing.

Di sepanjang jalan, setelah menjauh beberapa batu dari tebing sungai, sami kecil masih menyimpan rasa tidak puas hatinya dengan perbuatan sami besar. Tanpa sedar, dia telah membuat bermacam-macam tuduhan tentang sami besar di kepalanya. Keadaan ini menjadikannya semakin marah dan geram. Sungguhpun begitu, dia masih diam, tidak berkata sepatahpun.

Melihat itu, sami besar merasakan tiada apa yang perlu dijelaskan. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke tempat tujuan.

Akhirnya, sampai saatnya, sami kecil tidak lagi dapat menahan kemarahan setelah berjam-jam mereka berjalan. Lalu, keluarlah kata-kata dari bibirnya.

"Bagaimana abang boleh mengatakan diri abang seorang pendeta yang taat, apabila abang merebut peluang pertama untuk menyentuh seorang perempuan, lebih-lebih lagi apabila dia seorang yang sangat jelita?"

Semua ajaran abang kepada saya selama ini hanya menjadikan abang seorang munafik besar ( hipokrit ) pada penilaian saya! “ Marahnya meledak.

Mendengar itu, sami besar kelihatan terkejut dan berkata :

"Saya telah meletakkan wanita cantik itu di tepi sungai berjam-jam yang lalu, bagaimana pula anda masih ‘membawa’ beliau bersama-sama?"

************************************************************

18 October 2011

Bestnyer....Ganjaran dari Allah : Dari Hamil Hinggalah Menguruskan Bayi

Assalamualaikum....

Seronoknya jika dapat mengalami lagi tempoh hamil. Membawa bayi dalam kandungan. Selamat melahirkan bayi yang sihat walaupun merasai kesakitan yang tak tergambar dek kata-kata. Menyusukan anak kecil itu dengan 'darah' yang mengalir segar dari badan ibu. Menghalau nyamuk atau apa juga seranggan yang cuba mendekati bayi itu. Bersiap sedia untuk bangun tengah malam memastikan si kecil menyusu tiba tempoh waktunya. Melihat wajah bayi. Mendodoikan. Memandikan....mmmm....sungguh rindu waktu itu...kegembiraan yang tiada ungkapan lebih manis untuk di gambarkan....selain Alhamdulillah dan syukur dengan nikmat Allah.

Mari lihat ganjaran yang Allah sediakan...yang kita sebagai ibu sendiri mungkin tidak perasan tentang hakikat ini...:) mari baca...



 
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

05 October 2011

Kata-kata Petang





NOTA  09.10.11 : Ini sama sekali BUKAN luahan hati ibusumaiyah.......kreativi ini dijumpai dari wall rakan di fabebook.....:)

04 October 2011

Wanita Melalui Unsur Alam...

~unsur Tanah kedua-duanyer..~
 
 
~~Kenali Wanita~~

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah
 
 
 
p/s......bukanlah ramalan ...ini hanya kajian...

01 October 2011

Misteri Gempa : Reaksi Aneh Haiwan Dan Alam Sebagai PETANDA GEMPA

Membaca paper online pagi sabtu ini menemukan kepada artikel istimewa tentang gempa bumi yang semakin menjadi-jadi sekarang..:)..ade misteri yang tersendiri. Ye lah kan, saintis dunia ni rajin wat kajian kerosakan bumi YANG TELAH DIROSAKKAN sendiri oleh penduduk bumi.

- Pantai Teluk Batik  - Foto Ibusumaiyah 

Petanda gempaSaintis dunia - Dr Neil Whitehead yang mengkaji gempa bumi di Darfield, New Zealand pada 4 September 2010 telah menyenaraikan tindakan spontan haiwan sebelum gempa di New Zealand serta kejadian sama di Kobe, Jepun dan di Turki.

Berikut hasil kajiannya:


1. Deria unik haiwan
  • Sehari sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh 40 bebiri yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah berlindung daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah takut dengan apa yang bakal berlaku
  • Laporan lain mengenai kuda yang tiba-tiba mengamuk dan enggan diikat.
  • Beberapa pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di Kobe, Jepun, sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising dan seolah-olah memaksa tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada laporan menyatakan kucing menggigit dan mencakar tuan mereka supaya keluar rumah.
  • Pemantauan di Christchurch, New Zealand, melaporkan pemilik burung mengadu binatang itu secara berterusan bising dan seolah-olah mengamuk dalam sangkar. Seorang penduduk pula berasa pelik melihatkan itik peliharaannya bertenggek di bumbung rumah dua tingkatnya, sehari sebelum gempa bumi.
  • Di Canterbury, mamalia peliharaan - arnab dilaporkan memijakkan kaki dan melompat seolah-olah memberi amaran sesuatu buruk bakal berlaku, kira-kira 90 minit sebelum kejadian.
  • Laporan lain memetik petugas National Zoo di Washington, Amerika Syarikat, menyenaraikan pelbagai kelakuan aneh haiwan di situ seperti Orang Utan, gorila dan burung flamingo pada 19 Ogos lalu iaitu sehari sebelum kejadian gempa bumi di kawasan itu. Orang Utan dan gorila secara tiba-tiba mengamuk dan membuat bising dalam kandang mereka manakala burung flamingo berkumpul dan dalam keadaan gelisah, juga dilaporkan beberapa minit sebelum gempa bumi berlaku.
  • Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri ke kawasan tinggi beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi di LAquila, Itali.
  • Pada 1975, laporan paling popular menyenaraikan ular dan katak keluar daripada tempat persembunyian masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud 7.3 di Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan mengelak lebih banyak kematian.
  • Pakar gempa Amerika Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan itu disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat. Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau lebih bertenaga, yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.

2. Perubahan di darat/air
  • Beberapa hari sebelum gempa bumi di New Zealand, September tahun lalu, penduduk yang berkelah di sekitar sungai Hagley Park, melaporkan fenomena getaran di situ.
  • Pasangan suami isteri yang berada di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.

3. Langit/awan
  • Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna menyamai pelangi.

4. Elektronik
  • Petanda paling kerap dilaporkan adalah gangguan siaran televisyen yang berlaku pada malam sebelum gempa bumi New Zealand berkenaan. Laporan gambar menjadi kaku dan cubaan bertukar ke siaran lain juga gagal.
  • Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.
  • Petugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat terpisah daripada buku.

29 September 2011

Mutiara Malam...

Maafkanlah orang yang menzalimi anda dan sambunglah tali silaturrahmi dengan orang yang memutuskannya dari anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda dan berlaku lembutlah kepada orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, niscaya anda akan mendapatkan kebahagiaan dan ketenteraman

Rahsia Al-Kauthar....



RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

p/s......selamat membaca..:)

14 August 2011

J.A.N.G.AN B.A.N.G.G.A.....



Jangan bangga berkulit putih, kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT

Jangan bangga dengan rumah bagus dan besar, kerana rumah terakhir kita = KUBUR


Jangan bangga dengan baju bagus, kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN

Jangan bangga dengan kereta & motor besar, kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA

Jangan bangga dengan Minyak wangi berjenama  ,kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS

Ada Orang PAKSA BELI?..Ada Orang PAKSA JUAL?

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah...dah sampai ker hari 15 puasa...kalau terawih pun dah ade bacaan doa qunut :)....Persiapan raya ok ker tahun ni?..:)

mmm....dalam urusan jualbeli, alhamdulillah aku faham kenapa sesuatu harga barang itu NAIK/MAHAL tak terkata...dah susah nak jumpa barang murah?....kenapa mahal tu?...tak leh murah ker?....saper yang punya angkara ni?.....dalam topik perdagang pun....perkara ini di kenalpasti. Punca UTAMA harga barang naik adalah kerana ORANG TENGAH..atau pemborong.

Sesuatu barangan itu ada yang diperolehi melalui BANYAK ORANG TENGAH/pemborong...ada yang 'direct'..atau terus dari ladang...terus dari kilang...hehe  ... dan disebabkan orang tengah atau pemborong ini juga mahu mengaut keuntugan, makan harga barang itu di naikkan mengikut keuntungan yang hendak di perolehi. Seterusnya ia memberi kesan yang amat jelas dimana HARGA barangan itu menjadi murah atau MAHAL atau mungkin AMAT MAHAL apabila sampai kepada pembeli terakhir/pengguna. Siapa pembeli? kita lah kan...walaupun kita ni PEMBORONG...tapi kita juga adalah pembeli dalam satu rangkaian jualbeli.

Samada itu adalah SEBAB MUSABAB atau HANYA ALASAN penjual, tetap ayat ini glemer bila di tanya.." kenapa mahal sangat ni cikk?'               -jawab penjual " ..kami pun dapat harga camni..amik untung sikit jer ni.." atau.."...dah pemborong pun letak harga mahal..terpaksa jual harga macam ni..'....atau.." harga bahan mentah naik lah dikk...gula-susu-tepung-ayam semua dah mahal.."

INSYAALLAH dan ALHAMDULILLAH....aku masih faham dengan keadaan ini.....TAPI!!!....tahniah kepada PENJUAL BIJAK...yang bijak mencari pemborong...bijak menjual dengan harga yang berpatutan...bijak memahami pengguna/pembeli...bijak mengira keuntungan dengan tidak menekan pembeli...bijak mengambil peluang menjadi KAYA didunia dan KAYA diakhirat...bijak segalanyer lah.....tahniah di ucapkan....moga di murahkan lagi rezeki mereka...

Berniaga adalah jalan mudah untuk kaya...benar...ambil lah peluang....dengan perniagaan ni lah juga kita boleh KAYA di akhirat...bagaimana?..kita boleh BERSEDEKAH ketika berniaga...?..payah yer...memang lah payah...ZAKAT PERNIAGAAN?...hehe....pandai-pandai lah pikir yer..kaunter zakat sentiasa terbuka untuk sebarang pertanyaan...itu LEBIH WAJIB dari membayar cukai yang di wajibkan oleh kerajaan...dan aku tak kata cukai tak perlu di bayar ...

APAPUN....walau semahal mana..walau SEMURAH mana pun harga barangan itu...KEBIJAKSANAAN masih terletak pada diri pembeli/ pengguna....hak pengguna/pembeli pun memang dah disediakan dalam kerajaan....kalau kita rasa harga kuih tu 50 sen saketul kecik itu MURAH...beli lah...dan makan lah dengan senang hati...(Bismillah dulu naa sebelum makan..)...tapi...rasa MAHAL SANGAT...hah!!...tak yah beli....kan senang???...ATAU  PUN  pergi buat report atas dasar hak pengguna .........Pembeli pun kena lah BIJAK....pilih sama ada nak beli atau tidak..atau report....

Tidak ade sesiapa pun yang PAKSA kita untuk MEMBELI.....dan tidak ada SESIAPA pun yang PAKSA kita MENJUAL.....memasig ada hak dan kepentingan sendiri....

Nak beli...beli lah dengan BIJAKSANA...nak menjual pun sama lah juga .....TIADA PAKSAAN ....:)

p/s......berjemana ? selesa? ...terpulang...

28 July 2011

Ada Sesiapa Nampak Sampul Hijau Akak?...


Assalamualaikum....

Kalau sesiapa perasan lah kan....status LindaMdZain dalam FB hari selasa ari tu samer jer ayat cam tajuk entry pagi ni.....

Ape kess....begini kisahnyer...

Petang ISNIN ari tu...ade lah dapat duit sikit kan....pastu...terus la buat pembahagian ke dalam sampu-sampul yang berkaitan...secara senyap-senyap kat meja sendiri di opis sebaik sahaja dapat duit tu....

Ye la...sampul yang terlibat pun tak lah banyak....

1) SAMPUL TUDUNG
2) SAMPUL REMBAT KAIN COTTON
3) SAMPUL KUIH RAYA

Takde la tulis ape-ape kat sampul2 tu...tapi kenal lah kan..sebab yang hendak di guna dalam tempoh masa terdekat...

SELASA..!....pepagi datang kerja..teringat nak semak purse...sekali!!! tak de dah sampul.....alamakkk....jenuh la mengingatkan jejak-jejak terakhir dimana ku letakkan sampul itu...dalam purse kah?...dalam handbeg kah?..atau tak bawa balik kah?..dalam laci kah?...

Hantor lah msg pepagi buta tanyakan daddy..kot-kot ade nampak sampul ijau tercicir kat umah sebelum keluar umah tadi....

' tadak..'  daddy reply....

alaaaaaa....ilang lah plak...tanya kengkawan opis ...takde....risaua terbuang dalam tong sampah jer....cepat-cepat cari dalam tongsampah kat tepi meja ni haa....TADAK gakkk....huhuhu

memang bukan rezekilah maksudnyer tuuu...

sebab memang tak ingat dah ..di mana ibu letak sampul tu kali terakhir....

mmm...makanya.......berhati - hati lah lain kali.....hehehe

03 July 2011

Kita Bertanggungjawab Atas Apa Yang Kita Kongsikan..:)

Assalamualaikum...dan salam satu Malaysia.....;)

Dewasa kini ...ewahhh.....rakyat Malaysia dah bertambah suka  menulis/menaip..tak caya ...contest anjuran Digi salah satu buktinya...dan pilihan ramai sekarang ...menaip dan berkongsi hal di facebook , twitter, blog, forum dan pelbagai lagi....:)..kalau di facebook dan twitter tu kira cam updated status laaaa.....what is in your mind....kalau dalam blog, apa yang kita postkan lah yer....dan kompom lah yang menaip itu adalah diri kita sendiri kan? jari jemari runcing lagi cantik kita lah yang menari-nari kat keyboard tu kan?....

tapi apa yang kita fikirkan sebelum meneruskan hasrat untuk menaip?

Menaip dan berkongsi hal juga datang dari pelbagai idea....pelbagai kisah...pelbagai rasa....pelbagai perasaan ...dan pelbagai gaya bahasa.....apa yang kita fikirkan sebelum menaip dan berkongsi itu?...

Untuk kepentingan diri sendiri?..untuk kepentingan umum..? atau suka suki sahaja?...hehehe.....memacam adaaaa.....

tak kisahlah apa pun tujuan kita menaip dan berkongsi....tapi ingat yer.....setiap perbuatan kita ada pertimbangan buruk dan baiknyer...Peringatan semesti KHAS untuk ibusumaiyah dan yang lain umumnya....Jadi apa perlu kita buat ?

1) Harus BERANI dan berlapang dada menerima komen balas
2) Jangan sangka kita hanya akan menerima pujian, sokongan dan belaan sahaja dari perkongsian kita itu....:)...jika menerima komen yang kontra itu lah kita perlu lebih bersikap matang...jgn balas terus...amik masa tenang kan diri dulu...mungkin jua apa yang kita kongsikan itu adalah PERKARA YANG SALAH?..haaa camner tu ?
3)Adalah lebih baik kita kongsikan perkara yang membawa faedah....dan memberi peringatan. Contohnyer share lah status ustaz2 yang berkenaan ilmu dan peringatan....ustaz2 semua takkan kata kite plagiat punya....

3 sahaja yang terlintasa di fikiran...jika di beri idea lagi ...nanti ibu akan taip disini....:)

Dan kita Bertanggungjawab Atas Apa Yang Kita Kongsikan..:)


p/s bagaimana pula yang menaip dan berkongsi itu bukan empunya tuan blog/akaun FB sendiri ...husband@wife@tunang@boypren@gepren @ mak ayah yang ade password akaun orang kesayangan mereka?...haaaaaaaaaaaaaaaaaa....

01 July 2011

Hantu Pocong & BenangJarum...@_@

Lebih Kurang Sejam Yang Lalu....

Ibu : Mana pergi jarum benang ni? baru jer aku letak kat sini tadi. Apesal baju ni berubah tempat?....Mana pergi jarum Ibu ni?...tadi ade jer kat sini ?....sambil pandang daddy...

Daddy : Angkat kening  + angkat bahu...

Ibu : ishhh...mana ni...ade plak yang terpijak ni karang... Adik, mira...mana jarum ibu?...ade main yerrrr....

Mira & Qaseh : Geleng kepala

Qaseh datang dekat ngan ibu...cam biasa..nak tolong carikkan lah tu.....tapi....

Qaseh : HANTU POCONG YANG AMIK..... sambil bulat-bulat mata dia bagitau kat aku.....

Astaghfirullah halazimmmmm......mengucap panjang aku.....terkejut nyahhhhhhhhh ......... daddy plak boleh sambung ayat....

Daddy : Haaaa.....dia amik nak ikat jambul.......

Bertuah betul......ni lah dia....haaa...nilah dia pengaruh CERITA HANTU LAGI TAHYUL yang berleluasa kat TV....adeh....dalam dok larang - kawal TV .... ada jugak yang TERLEPAS......nampak gaya macam DAH BANYAK TERLEPASNYER....aku lah ni....bagi sangat depa tgk yang 'LIGHT-LIGHT' punya tayangan hantu......adehhhhh ...ah sudahhh......semput aku di buatnya.....qaseh tu baru 4 tahun.....tahu plak dia HANTU POCONG YANG AMIK BENANGJARUM aku!!!!.......

must do something!!!...jenuh-jenuh-jenuh...!!!

12 June 2011

PAKAR....bukan jaminan untuk SENTIASA selamat...:)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...dah selesai join giveaway dari blogger yang baru aku lewati..:)

Kipas dalam bilik tido rosak lagi....ari tu dah rosak...daddy baiki dengan gantikan kipas dari ruang tamu pasang di bilik tido diatas...di ruang tamu...di beli kipas baru...konon yang lebih laju n tahan lama....

Tapi kelmarin, kipas tu (di bilik tido) rosak balik ..tak nak jalan...guna remote pun dok bising tang tu lah jugak...2-3-4 hari ni...pakai air cond lah kami bila nak tido.....bukan tak suka....cuma tak minat sgt guna air cond waktu malam ni....rasa macam tak bernyawa...tak de  udara freshhh.....maklum lah....badan versi kampung ni....memacam yg tak kena...;)

Kalau bab letrik rosak ....kami tak lah risau sangat...sebab 'pakar' dah ade dalam rumah....insyaAllah...boleh lah baiki sikit-sikit mana yang termampu....tak lah risau nak carik electrician dan kena tipu ker...aper ker...Alhamdulillah....lebih kat situ..kurang kat lain...camtu la hidup....

Masa daddy tengah baiki kipas tadi....tetiba ade bunyi...."POP"!!!.....woohhhh...terperanjat makcik kat belakang daddy...tengah potong baju boleh berderau rasa darah mengepam.....dub dab dub dab......

Ade renjatan letrik tadi.....nampak dari belakang...daddy pun terperanjat....fuuuuhhhhh......seb baik tak aper-aper....Alhamdulillah....

Mula la dalam kepala ni pikir yang bukan-bukan...kemungkinan -kemungkinan .....fuhhhh....menakutkan...

Walaupun renjatan 'kecil sangat' tapi...teringatkan bukan tak de yang MALANG terkena renjatan....hati makcik ni jadi gerun lah jugak...jangan tak tahu...pakar tahap tinggi macam mana pun.....mereka lebih terdedah pada bahaya jika langkah-langkah keselamatan tidak di ambil kira.....

Pernah terjadi rakan Daddy yang KEHILANGAN NYAWA anak kecilnya berusia 2 tahun akibat terkena renjatan KECIL sahaja...dan rakan daddy tersebut merupakan PAKAR dalam bidang ELEKTRIK.....seeee?......KUASA ALLAH MENGATASI SEGALA.....ambillah ia sebagai peringatan buat yang masih hidup agar sentiasa YAKIN dengan ALLAH.....doktor pun bukan tak pernah sakit kan?...doktor pun ade yang kena barah tau.....:)

p/s....mulakan BISMILLAH untuk SETIAP perkara yang hendak di mulakan.......

p/s ...terpaksa beli kipas lagi hari ni.....

09 June 2011

Kempen Jom Jimat LETRIK ( 11 cara berjimat )


Assalamualaikum...dan selamat sejahtera...
Dapat email dari Daddy...suh jimat letrik ..kihkihkih...
wife dia ni kalau bab pasang lampu...memang boleh habis satu umah di on..nak-nak time kena tinggal sorang diri bersama anak-anak jer....harusss satu rumah lampu di pasang...start maghrib...sampai g kerja kul 7 pagi nyer...:)

Makanya...sempena harga penggunaan letrik nak naik ni...moh kiter try berjimat cermat ....jom try cara-cara di bawah ni...alaahhhh...cara ni dulu lagi dah di war-warkan...kiter jerrrrrr yang dok leka...maklumlah...kalau tak terdesak tak bertindaklah kiter....JOM...bertindak!!...insyaAllah..bulan depan-depan mungkin kiter di kalangan yang tak payah bayar letrik..sebab jimat giler...sebulan dalam bil RM 20 kebawah jer....so tak yah bayar lah kan?.....hehehhee


28 May 2011

Baju Sendiri 'kurenggg' Tak Nampak...Baju Orang 'kurengg' Nampak Sangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....salam satu Malaysia....:)  peace no war....

Ini kisah benar yang hendak di bebelkan di sini...cerita nya cam gini....:) ..watak yang terlibat adalah sumaiyah (bukan nama sebanar) dan aku ( aku laa...linda a.k.a ibusumaiyah)...lagi....daddy...:)

Suatu hari sumaiyah datang menghantar dokumen  di opis aku...lama tak nampak sumaiyah....sesekali jumpa macam banyak benda lak nak di bualkan....

Aku : Sumaiyah....lama tak jumpa kan...

Sumaiyah : ..sambil senyum-senyum datang kearah aku.. a ah la kak...lama tak jumpa ...apa kabar?

Aku : Baik jer....Su....!.....meh la sini akak tolong sembatkan baju ko ni...dari dulu sampai sekarang dok camtu ja hujung baju ni....bawak-bawak laaaa di jahit....
         
Baju sumaiyah aku lihat dah makin besar lak hilang jahitan sembatnyer tu...benang berjurai-jurai...dah lama aku tengok baju tu camtu...boleh plak di pakai buat dekkkk jer.....kihkihkihkih....

Sumaiyah : hehehe...akak ni...tak sempat la kak..banyak kerja....

************

Disuatu pagi di rumah aku....sebelum bertolak ker tempat kerja....keadaan nampak cool sikit pagi ni...konon semua beg-baju anak-anak dan daddy dah di sediakan sejak semalam...tetapi....tiba-tiba terpandangkan sembat baju kurung aku yang dah tertetas....dalam sejengkal lah gak....dan terkulai-kulai membibir keluar.....mmmm.....baru teringat..." dah lama dah baju ni tertetas ..... aku jer yang wat lambat-lambat nak jahit balas"

Daddy : Iah-ish -ish....pepagi ni baru nak menjahit ker? dah kul berapa dah ni ...

Aku : Sengih-sengih-sengih....sebab rasa bersalah...tapi nak menjahit gak....jap sikit jer ni

Aku (lagi) : Abang....ni la orang tua cakap ..jaga tepi kain sendiri...ini tidak!!....tepi kain orang kalau koyak sikit kemain lagi nak tegur la...nak tolong betulkan laa....tapi kain sendiri koyak...tak sedar...kalau sedar pun. buat-buat tak nampak jer....tak usaha pun nak betulkan secepat yang boleh.....lagi teruk...kalau tak terbuka minda, tak sabor n tak reti bahasa mesia.. bila di tegur kain tu koyak...terus melenting....ish ish ish ish...nauzubillah.....minta-mintalah dijauhkan hati & mulut ni dari jadi camtu......

Daddy : hmmmmmmmmmmmm...sambil mundar-mandir dari dapur ke ruang tamu - ruang tamu ker dapur....

malas nak layan lah tu....sebab jam dah menyanyi-nyanyi menunjukkan pukul 7 pagi...sepatutnya dah kena bertolak ke opis.........


~ THE END~

25 May 2011

Tepuk Ler Dada Tu Kuat-kuat...:)

sumber dari iluvislam

Assalamualaikum...

Tak nak keluarkan 'hartayangbukanmilik' kita tuk bersedekah?.....cer try test tengok yang ni...selebihnya....tepuk ler dada tu kuat-kuat...hehehe
Jom sedekah tanpa keluarkan wang ringgit...:)...ade cara nyer....jika payah sangat nak keluarkan 'hartabukanmilikkita' tu kan....ade caranya....selebihnya...pikir-pikirkan lah sendiri....:)

ANTARA NYA

Sedekahkan Al-fatihah untuk kedua ibubapa kita...sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.

Sedekahkan Al-fatihah untuk suami dan anak-anak kita....

Sedekahkan Al-fatihah untuk bos-bos kita...walaupun jika ada bos yang  TIDAK gemar ngan kita.sedekahkan ajer..kalau ade banyak bos...sedekahkan kepada bos-bos....:)...moga kerja dan urusan ditempat kerja berjalan lancar...

Sedekahkan Al-fatihah kepada rakan-rakan  kita...sama ada rakan rapat atau kurang rapat ...sedekahkan aje ...tak keluar duit pun...

Sedekahkan ajer...dengan membaca al-fatihah..dan di niatkan untuk semua yang kita mahu...

Tak keluar wang ringgit pun kan?....:) ..jika sedekah yang ringgit...ada banyak salurannyer...carik jer laa...

'what u give...u'll get back.."

p/s...dhuha dah lama masuk....lepas guna bilik solat jangan lupa tutup lampu...

p/s...ibusumaiyah bukan baik mana pun....BANYAK dosa gak...cuma ingin cari bekal tuk di sana jer...dah banyak karung yang bocor akibat kelalaian n nafsu sendiri...ibusumaiyah ingin usaha untuk tidak muflis di negeri abadi...

23 May 2011

3 – ‘i ‘ Banduan Cenderung Bunuh Diri


Assalamualaikum,

Bebaru ni ade tgk berita tv3...kes 'nenek ke tali gantung '....
Seriously...rasa sayuuuuuu sangat tgk nenek tu di iring dgn tangan bergari...sayuuuu lagi bila membayangkan dia akan di tali gantungkan nanti...aduh.......nauzubillah...

Allah jer yang tahu apa yang nenek itu lakukan sebenarnya......harap sangat hukuman yang lebih berpada di jatuhkan padanya....seperti....penjara seumur hidup...???

Tapi ...makamah lebih arif tentang ini....walaupun hati sayuuuu.....aku tak leh nak wat aper .....
*******

Bebaru ni pun...ade artikel pasal kes bunuh diri tahanan dalam penjara.....mmmmm....

Pernahkah kita tahu apa perasaan seorang yang sedang dalam tahanan?

Tindakbalas mereka yang sedang di pimpin polis tertika berjalan sambil di gari adalah  berbeza antara individu dengan individu yang lain.

bertarikh 15 Mei 2011

Bolehlah di rumuskan bahawa ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan kepada penyebab para tahanan ini mengambil keputusan untuk membunuh diri- (Pakar psikiatri forensik Australia, Prof Dr Paul Mullen)

1)      Yang masih muda,
2)      Belum berkahwin,
3)      Menjalani tahanan untuk tempoh yang panjang,
4)      Menjadi mangsa penderaan
5)      Mengalami gangguan mental

Perkara yang lebih mendorong untuk tahanan bertindak membunuh diri adalah :

1)      Perasaan malu
2)      Takut

Kajian juga menunjukan risiko tahanan membunuh diri dalam  tempoh 24 jam pertama ditahan  adalah lebih tinggi dikalangan tahanan atas sebab membunuh atau kesalahan seksual yang serius. Dan Risiko itu LEBIH TINGGI jika si pelaku adalah dikalangan orang-orang ternama/terkenal atau berkedudukan tinggi dalam masayarat.

Rekod bagi tempoh 2007 hingga 2009 menunjukkan bahawa lelaki lebih ramai membunuh diri berbanding wanita.

Dalam penulisan akademik Pakar perunding psikiatri forensik dari Hospital Permai di Johor, Dr Bada'iah Yahya dan pakar perunding psikiatri di Jabatan Kesihatan Mental dan Psikiatri Hospital Selayang, Dr Nor Hayati Ali menyatakan :

“kes bunuh diri dalam kalangan mereka yang ditahan menunjukkan bahawa faktor perlindungan yang wujud dalam kalangan orang biasa mungkin tidak mempunyai kesan yang sama dengan mereka yang menjalani perintah tahanan”

Maknanya, mereka yang dalam tahanan lebih cenderung untuk membunuh diri berbanding orang biasa yang tidak dalam tahanan.

Kajian juga menunjukan risiko tahanan membunuh diri dalam  tempoh 24 jam pertama ditahan  adalah lebih tinggi dikalangan tahanan atas sebab membunuh atau kesalahan seksual yang serius. Dan Risiko itu LEBIH TINGGI jika si pelaku adalah dikalangan orang-orang ternama/terkenal atau berkedudukan tinggi dalam masyarkat.

Nauzubillah…sebagai orang islam kita mohon lah kepada Allah S.W.T agar diselamatkan dari perbuatan merugikan ini.

Dan …sekian lamanya juga aku selalu memikirkan, apakah yang SEDANG di fikirkan oleh pelaku pada SAAT ia ingin MEMBUNUH DIRI. Pembacaan aku membawa kepada penemuan ulasan ini : yang aku simpulkan sebagai  3 ‘i -  pembunuh diri.

Apabila seseorang itu telah membuat keputusan untuk membunuh diri, tiga  perasaan mungkin sudah terbentuk dalam dirinya:

1)      "I" - intolerable (tidak lagi tertahan menanggung azab)
2)      “I” - inescapable (tidak lagi berupaya melarikan diri)
3)      “I” - indeterminable (tidak berupaya menghadapi penentuan)
Malaysia adalah antara segelintir negara yang mencatat kadar rendah (1.8 bagi setiap 100,000 setahun) bagi kes bunuh diri dan kadar ini adalah lebih rendah daripada kes homisid.

Mengikut peratusan tahun 2009 dari 328 kes diMalaysia adalah :


 45.7 % - Kaum Cina
 21.3 % - Kaum India
 13.4 % - Kaum Melayu
3.4 % - Etnik di Sabah/Sarawak 

731 kes bunuh diri antara 2007 dan 2009:
113 pada 2007
 290 pada 2008
 328 pada 2009

21 May 2011

Sudahkah Kita Membayar Nilai Setitik Susu Ibu?

Assalamualaikum...dan selamat pagi....

Terpanggil dengan isu MEMBALAS BUDI IBUBAPA....:)....

:)...bagaimana kita membalas jasa ibubapa kita?...ketika hayat nya bagaimana? sudah tiadanya mereka bagaimana?.....

Belajar rajin-rajin?...hormat kedua ibubapa kita dan mertua?...kirim duit banyak atau selalu? selalu balik kerumah ibubapa untuk menjenguk? mengambil tahu kesihatan dan kekurangan lain yang dihadapi oleh mereka?....:)

Yer...semua contoh di atas adalah sekelumit jawapan sebenarnya.....ade baaaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi perkara yang boleh dan perlu kita USAHA kan untuk buat....

Kenapa saya sebut USAHA?....kerana kebanyakan dari kita suka mencari alasan untuk menidakkan USAHA tersebut.....

Tak caya?...pikir-pikirkan lah apa yang telah dicurahkan,dibaktikan dan diUSAHAKAN untuk membalas budi kedua ibubapa kita?...jika dihulurkan bantuan pun di ungkit-ungkit pula?...kasik duit bulanan...di minta balik lak tu....mmmm...ish ish ish ish.....nauzubillah

Ibubapa memberi bakti pada kita sebagai anak...TANPA mengharapkan balasan langsung....tak caya?...:)
Yer....betul ibubapa tak mengharapkan langsung balasan/imbuhan dari kita...kerana....

WALAU APAPUN..WALAU SEBANYAK MANAPUN...WALAU SELAMA MANAPUN.. PEMBERIAN KITA KEPADA MEREKA...MASIH TIDAK AKAN DAPAT MEMBAYAR NILAI SETITIK SUSU PUN....

Nilai SETITIK susu ibu pun tak terbayar dengan segala kebaikan kita pada mereka....ini kan pula nak membalas jasa mereka yang diberikan pada kita selama ini????....

So...kalau camtu tak yah kasik ape-ape lah yer ?.....itu jawapan/lawak DUNGU!!!!
Anda diingatkan JANGAN sesekali melawak/berkata begini.....!!!

Jika pemberian yang sehabis banyak pun tak leh bayar lagi nilai setitik susu ibu....inikan pula YANG TAK MEMBERI APA-APA pada mereka....??

- susah sangat ker nak hulur RM 50 tuk mak ayah sebulan? beli spotrim kereta boleh plak? beli anting-anting boleh plak?

-susah sangat ker nak hadiahkan Alfatihah kepada mak ayah..tak kira lah samaada mereka masih hidup atau telah tiada...banyak kebaikan nyer....tak caya?..cuba anda hadiah kan kepada mereka Alfatihah setiap hari...cuba laaaa....

-susah sangat ker nak doa untuk kebaikan  dan kesihatan kepada mereka... ingat!!! mereka yang tidak mendoakan kedua ibubapa mereka dalam doanya....boleh kira ANAK DERHAKA tau...
-susah sangat ker nak call tanya kabar?...

susah ker???


:).....pikir lah sendiri .... berhentilah dari hanya memberi ALASAN ...berhentilah dari Tidak BERUSAHA memberi kebaikan kepada ibubapa .....kerana mereka adalah MASA DEPAN kita sebenarnyer....:) bukan sahaja di dunia...malah MASA DEPAN kita di akhirat juga....tak caya???

ibusumaiyah ni baik sangat ker?.....
"bukan baik menjadi persoalan...tetapi USAHA kepada KEBAIKAN itu yang di utamakan...kerana dengan azam dan usaha...kita akan laksanakan perkara itu dengan bersungguh-sungguh.."


p/s  Air mata kesyukuran ibu kepada anaknyer...boleh memadamkan api neraka yang hendak membakar anak itu....

senyum......jangan la stress sangat....senyummmm...dan doakanlah kebaikan kepada ibubapa kita

06 May 2011

BLOG BERVIRUS???? Menakutkan!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

tengah layan harry potter & the half blood prince kat HBO....mmm....

terpikir lak....bab VIRUS ni.....kalau pc kena virus...kita dah biasa tau nak wat aper....REFORMAT jer la kan....

tapi...kalau blog kena Virus??...bagaiman blog yang dikatakan telah di jangkiti virus?...macam mana keadaan blog yang di VIRUS kan tu?....ape yang terjadi pada blog bervirus?...apa kesannyer pada blog tersebut?..apa kesannya juga pada viewer?...

wahhhhhhhhhhhh...menakutkan....!!!!!!!bayangkan jika terkena?...boleh NANGIS rasannya .....ye lah.....walaupun boleh buat lain....tapi tetap tak kan sama dengan yang lama.....atau mungkin berbeza semuanya....

tak nak-tak nak-tak nak.....

tak sanggup  kehilangan mu wahai blog ......

MAKAnya......macammana nak PROTECT blog kiter dari kena hack?....waduh.....kena google banyak lagi ni.....

ade yang tahu?...ade yang berpengalaman tentang ni...? ade yg tahu simptom-simpton blog itu dah terkena virus???...

jom la share kat sini........ibusumaiyah hargai sangat....;)

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh

Labels

NakCeritaJerr... (228) Kisahku (69) Dunia Amira (58) More Than Words (45) Dunia Qaseh (42) PeringatanTuu.. (33) CiterrMereka.. (31) Cerita Makan (25) MacamLerKreatipSangat.. (24) SegmenIbu (20) Rumah Idaman (15) CeritaTanaman (14) Tips (13) BangkuKosong (8) Cerita Serius... (8) CeritaSekolah (7) Terengganu (6) NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya (5) Cerita Travel (4) Visit Malaysia (4) Cerita Hari Raya (3) DuluDulu (3) Broga (2) Korea (2) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020 (2) PKP 2020 (2) PKP 3.0 (2) PKP Kedua (2) PKPD 2020 (2) PSRA2016 (2) Sugar Glider (2) Tasik Kenyir (2) Tempat Cantik Di Korea (2) Tutty n Fruity (2) UPSR2016 (2) Ucapan Selamat Hari Lahir (2) UiTM (2) cerita kreatif (2) hiking (2) Anaksulong (1) BEIJING (1) BELAJAR JARAK JAUH (1) BELAJAR MODE FLEKSIBEL (1) Belimbing Buluh (1) BukitGasing (1) CHINA (1) COVID19 MALAYSIA (1) Daddy (1) Diari (1) EqbalZack (1) FINAL TEST (1) FREETRIP (1) GINAL EXAM (1) ICEPS (1) INC450 (1) Jeju -Do (1) Kawan di Era 20 (1) Kenangan Bersama Arwah (1) Lesen Memandu Antarabangsa (1) LimauMadu (1) MCO (1) MELANCONGPERCUMA (1) MINGGU KE 14 UiTM. (1) MasukSekolah (1) Melancong (1) Motivasi (1) Nami Island (1) Nasihat (1) PELAJAR TUA (1) PJJ (1) PKPB SELANGOR (1) Pantai Batu Buruk (1) Pasar Besar Kedai Payang (1) PengalamanMengusikIngatan (1) Pulau Air Terjun Saok (1) Pulau Herba (1) Pulau Jeju (1) Rabbits (1) Ramadah2021 (1) Raya Di Bandar (1) Raya Tak Boleh Balik Kampung (1) SECOND DEGREE (1) Selamat Hari Lahir (1) Seogwipo Jeju (1) Syawal 1442 H (1) Taman Tamandun Islam (1) Travel Ke Jeju (1) Upin Ipin (1) Vacation (1) Versi Kawan (1) Visit Jeju (1) WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE (1) Yongmoeri Coast (1) brogahill (1) bukitbroga (1) haji (1) shah alam (1) treking (1) umrah (1)