Kawan Blog

Nombor Anda..:)

23 May 2011

3 – ‘i ‘ Banduan Cenderung Bunuh Diri


Assalamualaikum,

Bebaru ni ade tgk berita tv3...kes 'nenek ke tali gantung '....
Seriously...rasa sayuuuuuu sangat tgk nenek tu di iring dgn tangan bergari...sayuuuu lagi bila membayangkan dia akan di tali gantungkan nanti...aduh.......nauzubillah...

Allah jer yang tahu apa yang nenek itu lakukan sebenarnya......harap sangat hukuman yang lebih berpada di jatuhkan padanya....seperti....penjara seumur hidup...???

Tapi ...makamah lebih arif tentang ini....walaupun hati sayuuuu.....aku tak leh nak wat aper .....
*******

Bebaru ni pun...ade artikel pasal kes bunuh diri tahanan dalam penjara.....mmmmm....

Pernahkah kita tahu apa perasaan seorang yang sedang dalam tahanan?

Tindakbalas mereka yang sedang di pimpin polis tertika berjalan sambil di gari adalah  berbeza antara individu dengan individu yang lain.

bertarikh 15 Mei 2011

Bolehlah di rumuskan bahawa ada beberapa faktor yang boleh dikaitkan kepada penyebab para tahanan ini mengambil keputusan untuk membunuh diri- (Pakar psikiatri forensik Australia, Prof Dr Paul Mullen)

1)      Yang masih muda,
2)      Belum berkahwin,
3)      Menjalani tahanan untuk tempoh yang panjang,
4)      Menjadi mangsa penderaan
5)      Mengalami gangguan mental

Perkara yang lebih mendorong untuk tahanan bertindak membunuh diri adalah :

1)      Perasaan malu
2)      Takut

Kajian juga menunjukan risiko tahanan membunuh diri dalam  tempoh 24 jam pertama ditahan  adalah lebih tinggi dikalangan tahanan atas sebab membunuh atau kesalahan seksual yang serius. Dan Risiko itu LEBIH TINGGI jika si pelaku adalah dikalangan orang-orang ternama/terkenal atau berkedudukan tinggi dalam masayarat.

Rekod bagi tempoh 2007 hingga 2009 menunjukkan bahawa lelaki lebih ramai membunuh diri berbanding wanita.

Dalam penulisan akademik Pakar perunding psikiatri forensik dari Hospital Permai di Johor, Dr Bada'iah Yahya dan pakar perunding psikiatri di Jabatan Kesihatan Mental dan Psikiatri Hospital Selayang, Dr Nor Hayati Ali menyatakan :

“kes bunuh diri dalam kalangan mereka yang ditahan menunjukkan bahawa faktor perlindungan yang wujud dalam kalangan orang biasa mungkin tidak mempunyai kesan yang sama dengan mereka yang menjalani perintah tahanan”

Maknanya, mereka yang dalam tahanan lebih cenderung untuk membunuh diri berbanding orang biasa yang tidak dalam tahanan.

Kajian juga menunjukan risiko tahanan membunuh diri dalam  tempoh 24 jam pertama ditahan  adalah lebih tinggi dikalangan tahanan atas sebab membunuh atau kesalahan seksual yang serius. Dan Risiko itu LEBIH TINGGI jika si pelaku adalah dikalangan orang-orang ternama/terkenal atau berkedudukan tinggi dalam masyarkat.

Nauzubillah…sebagai orang islam kita mohon lah kepada Allah S.W.T agar diselamatkan dari perbuatan merugikan ini.

Dan …sekian lamanya juga aku selalu memikirkan, apakah yang SEDANG di fikirkan oleh pelaku pada SAAT ia ingin MEMBUNUH DIRI. Pembacaan aku membawa kepada penemuan ulasan ini : yang aku simpulkan sebagai  3 ‘i -  pembunuh diri.

Apabila seseorang itu telah membuat keputusan untuk membunuh diri, tiga  perasaan mungkin sudah terbentuk dalam dirinya:

1)      "I" - intolerable (tidak lagi tertahan menanggung azab)
2)      “I” - inescapable (tidak lagi berupaya melarikan diri)
3)      “I” - indeterminable (tidak berupaya menghadapi penentuan)
Malaysia adalah antara segelintir negara yang mencatat kadar rendah (1.8 bagi setiap 100,000 setahun) bagi kes bunuh diri dan kadar ini adalah lebih rendah daripada kes homisid.

Mengikut peratusan tahun 2009 dari 328 kes diMalaysia adalah :


 45.7 % - Kaum Cina
 21.3 % - Kaum India
 13.4 % - Kaum Melayu
3.4 % - Etnik di Sabah/Sarawak 

731 kes bunuh diri antara 2007 dan 2009:
113 pada 2007
 290 pada 2008
 328 pada 2009

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh

Labels

NakCeritaJerr... (228) Kisahku (69) Dunia Amira (58) More Than Words (45) Dunia Qaseh (42) PeringatanTuu.. (33) CiterrMereka.. (31) Cerita Makan (25) MacamLerKreatipSangat.. (24) SegmenIbu (20) Rumah Idaman (15) CeritaTanaman (14) Tips (13) BangkuKosong (8) Cerita Serius... (8) CeritaSekolah (7) Terengganu (6) NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya (5) Cerita Travel (4) Visit Malaysia (4) Cerita Hari Raya (3) DuluDulu (3) Broga (2) Korea (2) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020 (2) PKP 2020 (2) PKP 3.0 (2) PKP Kedua (2) PKPD 2020 (2) PSRA2016 (2) Sugar Glider (2) Tasik Kenyir (2) Tempat Cantik Di Korea (2) Tutty n Fruity (2) UPSR2016 (2) Ucapan Selamat Hari Lahir (2) UiTM (2) cerita kreatif (2) hiking (2) Anaksulong (1) BEIJING (1) BELAJAR JARAK JAUH (1) BELAJAR MODE FLEKSIBEL (1) Belimbing Buluh (1) BukitGasing (1) CHINA (1) COVID19 MALAYSIA (1) Daddy (1) Diari (1) EqbalZack (1) FINAL TEST (1) FREETRIP (1) GINAL EXAM (1) ICEPS (1) INC450 (1) Jeju -Do (1) Kawan di Era 20 (1) Kenangan Bersama Arwah (1) Lesen Memandu Antarabangsa (1) LimauMadu (1) MCO (1) MELANCONGPERCUMA (1) MINGGU KE 14 UiTM. (1) MasukSekolah (1) Melancong (1) Motivasi (1) Nami Island (1) Nasihat (1) PELAJAR TUA (1) PJJ (1) PKPB SELANGOR (1) Pantai Batu Buruk (1) Pasar Besar Kedai Payang (1) PengalamanMengusikIngatan (1) Pulau Air Terjun Saok (1) Pulau Herba (1) Pulau Jeju (1) Rabbits (1) Ramadah2021 (1) Raya Di Bandar (1) Raya Tak Boleh Balik Kampung (1) SECOND DEGREE (1) Selamat Hari Lahir (1) Seogwipo Jeju (1) Syawal 1442 H (1) Taman Tamandun Islam (1) Travel Ke Jeju (1) Upin Ipin (1) Vacation (1) Versi Kawan (1) Visit Jeju (1) WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE (1) Yongmoeri Coast (1) brogahill (1) bukitbroga (1) haji (1) shah alam (1) treking (1) umrah (1)