Kawan Blog

Nombor Anda..:)

Showing posts with label NakCeritaJerr.... Show all posts
Showing posts with label NakCeritaJerr.... Show all posts

20 December 2023

KEMBARA PELAJAR TUA : SECOND DEGREE





Assalamualaikum sahabat blog semua. 
WELCOME BACK...

Yer, asal muncul semula ja kita greet lah semula kan. 

Baiklah, cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar rakan blogger aku pun dah makin meningkat usia. Apa kabarlah semua kan? 

GUYS, 
Pernah nampak gambar di atas? 
Yer, itu gambar UiTM Shah Alam. Aku ambil dari website ICEPS. Tujuan aku letak gambar ni, untuk nak mulakan cerita tentang penglibatan aku sebagai student UiTM. 

💘💘💘💘

Di usia menua ni, keinginan nak belajar semula tu membuak-buak pula. Aku bukan lah 30 an lagi. Aku sudah 40 an. Di usia 40 an ni lah kekuatan dan dorongan dari dalam diri itu timbul secara mendesak. 

Aku belajar apa?

Nanti aku cerita kan ya. Untuk intro, aku belajar SECOND DEGREE. Aku dah ada degree tahun 2000 dulu, now ambil degree kedua course lain. Kenapa tak sambung master je? haaa..ini pun ada lah juga sebabnya. Kalau rajin dan perasan syok sendiri ada yang nak tahu, aku cerita panjang-panjang nanti. 

Pendek kata semuanya nanti-nanti. 

Bukan apa, waktu aku mengarang ni pun dah jam 1.26 pagi. Tadi ada group discussion. Lepas dah settle tu, gigij la meng log in masuk blog nan usang ni. Seb baik taram-taram passwordnya, mengena juga. 

OK OK...BOLEH TAHAN SAKIT DIBAHU NI. 

ADOIS, NANTI JUMPA LAGI. PLAN NYA NAK CERITAKAN HAL KICK START FACTORS BELAJAR DI USIA TUA di next entry.

BYE.

 

15 September 2018

Mohon Lesen Memandu Antarabangsa

Assalamualaikum,

Bagi tahun 2018, semasa kami membuat permohonan untuk lesen memandu antarabangsa, syarat-syarat permohonan adalah masih sama.

Kami hanya pergi terus ke JPJ, (JPJ Padang Jawa, Klang), di kaunter nanti pegawai yang isikan semua maklumat, kita sign/thumbprint seperti yang diminta. 

Bayaran sebanyak RM150 perlu dibayar kepada pegawai yg menguruskan tadi. Dapatlah sebuku lesen memandu antarabangsa idaman kami. Lesen memandu ni sah sehingga setahun di negera yang di listkan.

Hooo...hoo

10 September 2018

Luggage Self Services Check In

Assalamualaikum,

Aku ada satu trip 'bujang' ke luar Jeju Island minggu lepas. Bujang sebab tak bawa bersama family. Ala-ala girls day out. Tapi berr day - day.

Flight kami ritu jam 615 pg. Jadi jam 12 malam memasing dah janji berkumpul di airport sebab memasing pun risau kalau paginya terbabas, kompom melepas.

Di awal pagi, nak check in beg telah dimaklumkan kena melalui kiosk yg disedia. Print tag bagasi dan check in. Since org beratur panjang sgt di kaunter, tetiba nampak line ni. Line check in bagasi sendiri. Lorrhhh.

Tercanguk - canguk juga kami depan benda alah ni. Then tanya org di line sebelah. Dia cakap, dia pun baru first time nak try. So kami pun try lah sama sama.
Satu persatu beg melepasi eskelator dan yeayy...berjaya semuanya dicheck in kan melalui kiosk ni. Fuh....kami berdoa waktu itu, beg kami sampai ke destinasi yg kami nak tuju sesama.

Seterusnya, memasing dah lalok. Misi mencari tempat tido. Nak masuk ke tempat menunggu didalm sana, imigrasi belum bagi lalu. Pukul 430 katanya. So kami tido di ruangan tanyangan gambar. Opps. Lupa nak cerita, ini di KLIA2.

Adios.. Nanti aku sambung lagi.

09 September 2018

Memandu di Jeju Island

Memandu di jeju city, mencabar sikit. Orangnya x menyabor. Asyik nak cepat je. Kita pun asyik terlepas simpang je nak kisahkan kereta belakang.

Memandu di Seagwipo tenang amat. Tapi asyik over speedlimit je. Hadnya 30km/hr, tapi kami syok je drive sampai 50-60km/hr.

Untung sgt dgn Lotte Car Rental ni, gps nya mmg canggih. Mesra driver, semua benda yg ada didepan dia nak bitaw. Speedlimit kalau lebih, mmg  bell dia bunyi tak berhenti. More Fortunately, kami dpt kereta baru #kiamorning. Memang sedap lah bawak. Ada kamera belakang, camera depan dan audio recorder. Dan memacam lagi yg kita org makin lama makin sedar kelebihannya.

Makndak Bawa gilir - gilir dengan travel  buddy. Unfortunely travel buddy makndak kena drive lebih masa sikit sebab makndak dah selsema dan kena makan ubat ngantuk. Tq buddy sebab ada one time tu x leh jadi co pilot pun. Terpaksa tido. #lalok dah. 2 orang lagi travel buddy pun pakat selsema. Semua lalok lepas makan ubat. 😂😂😂

Pengalaman berharga travel kali ni. Lebih aksi & indipendent. Travel buddy kali ni mmg fresh. New travel buddy. Tak pernah lagi keluar negera dengan derang walaupun dah berkawan lama. Tapi, seriusly sangat best.

Anak-anak?  Dedi pula take over diMalaysia. Thank u very much dedi.

Alhamdulillah, masa hantar balik kereta, x de pun apa2 saman kena bayar. Org lain ade je nampak kena find 3000 won la etc.

Sapa nak g pusing jeju? Sgt rekomen drive sendiri kalau ada keberanian walau sedikit. InsyaAllah. Sana ok. Kecuali kalau ko mmg driver yang kasar dan x behave waktu di malaysia. 😂😂😂

Lane di sisi macam sempit sikit. Di awal pemanduan rasa macam nak sagat benda je. Nak imbangkan diri yg sedang drive di sebelah kiri dgn saiz kereta.

Anyway, lepas seharian memandu anda akan jadi selesa dah.

Must try !!

06 March 2017

Diari 2003

Sejak amira ( anak sulung ku) darjah satu lagi, aku dah cuba perkenalkan aktiviti berdiari padanya. Terhasil lah lambakan 'diari' si Amira. Asal tulis salah sikit, dikoyak, asal tersilap tulis, minta buku baru, asal jumpa buku semua nak di diari kan...

Now ni, qaseh ( anak kedua merangkap bungsu) dah mengikut sama. Takde satu pun buku yg kekal setahun sebagai diari. semuanya menjadi 2-3 diari dalam setahun.

Apa kena mengena diari 2003?

haaa...saja nak memorikan disini. Amira terjumpa diari lama aku. Diari yang ditulis sekitar tahun 2003. Diari TNB pemberian ' bakal suami' ketika itu.

Aku ternampak amira membelek buku. Rupanya diari aku... tak dpt la kompromi bab ni, terpaksa la di ' rampas'.

' Ini diari ibu. Diari perkara penting seseorang. Perkara penting orang, tak elok diusik tanpa kebenaran. Berdosa kalau tak diberi kebenaran tau'

Dia sengih2. hehe. Maybe ralik membaca kot. Terlupa bab privasi orang.

' Ibu tulis diari, ada perenggan tak'  si Qaseh tetiba bertanya

' Kenkadang ada perenggan, kekadang takde perenggan. Kadang tu satu dua perkataan ja. Diari kan kita punya cerita. Boleh tulis macam - macam style'

' ooooo'

Amira tak puas hati je nampak gayanya. Rasa ingin tahu yg mendalam jelas nooor diwajah. tak lari dikerling aje dimana aku letakkan diari.
Malam ni, dibacakan semula diari 2003 itu. Seingat aku, hanya diari 2003 ini sahaja yg aku simpan. Yang lain semua telah dibakar.

Seronok rupanya dibacakan semula. hehhehehe kelakor. Menulis dgn jaga bahasa jiwang lagi. hehe

Terjumpa gambar arwah abah dalam diari. ��

�� Diari ini perlu disimpan di tempat yg lebih selamat. ��

04 January 2016

Misi Bukit Gasing

Assalamualaikum,

Selamat pagi, ni baru ada time nak update pasal aktiviti sabtu bulan lepas. Ye la..musim cuti sekilah kali ni kami tak kemana, jadi dpt lah jugak hangout dengan kengkawan. Pilihan aku musim cuti sekolah ni..panjat bukit, lebih jimat...ye la kena bajet bajet bajet kan now ni..
..kali ni nak tawan bukit gasing plak..

16 November 2015

Budak Kena Sengat Lebah Di Broga?

Assalamualaikum,

Bukit Broga....mmmm dah lama aku maklumkan pada kak ayu, iaku teringin nak ke Broga. Dia pun iakan ajer macam malas nak layan aku...

Lama gak tunggu masa sesuai nak panjat broga, tapi itulah kaedahnya, bila kita pilih2 masa kononnya nak yg sesuai, mmg satu masa pun tak de yg sesuai.

Ok..ritu kebetulan bersembang dengan kawan sejabatan, dia rajin hiking, kami plan g broga, kumpul beberapa org yg nak start test stamina...hehe

Makin dekat hari nak berbroga, mkn debor lak aku..broga jer punnnn tapi tak leh tido malam dibuatnya. Nak nak pula sehari sebelum g broga ritu ada berita budak kena sengat lak kat broga..waduhh...camner nihhh....

06 November 2015

Umrah dan Haji

Assalamualaikum,

Walaupun tak pernah lagi kesana, apa tah lagi nak melalui pemandangan seperti gambar ini, tapi hati rindu sedikit terubat bila pandang gambar ni. Seolah-olah aku yg duduk dan memandang kaabah didepan mata....

05 November 2015

Pernah ?

Assalamualaikum w.b.t

Pernah tak kita hadapi situasi begini

1) Kita selalu jer dimarahi dengan perkara2 yg kecil-kecil

2) Kita selalu berasa nak marah ajer dengan perkara yang tetiba rasa sensitif walaupun sebenarnya benda tu sebelum ni ok2 je...

Pernah hadapi yang mana satu ?  :)

02 October 2015

Selamat Hari Lahir Qaseh

8 tahun yang lalu, jam 715 pagi, pada tarikh ini 2 oktober .... Qaseh dilahirkan...

Selamat hari lahir sayang....

Qaseh peneman setia kakak
Qaseh kawan karib kakak
Qaseh pembantu setia kakak
Qaseh sayangkan kakaknyer..

Semakin qaseh membesar, semakin dpt dilihat, qaseh ada penuh rasa toleransi dan lembut hati.

Opkos...we love u very much...
Opkos..ibu n dedi n kakak nak qaseh jadi muslimah solehan..macam ibu selalu bisik kat telingan qaseh masa tido..

Semoga segala kebahagian dan kebaikan didunia dan diakhirat menjadi milik mu...

Tarikh ini qaseh berkongsi dengan org kesayangan chik ayu kiter....tarikh ini sama dengan tarikh kelahiran arwah ibu chik ayu...
Semoga arwah tenang dan diraikan Allah ditempat persinggahan sana. Amin.

17 September 2015

Teknik Elakkan Demam KPop

Cerita malam tadi, ibu pening gak nak mikir apa nak dibuat bila anak2 asyik melayan game kat laptop dan runningman di tv, tu belum sebut bab kpop lagi....

Disebabkan hari mendung sepanjang hari, otak pun rasa lemah jer, mandommm jer ... Mira n qaseh lagi laaaa asyik duduk depan laptop jer....berbulu mata mak...:)

Maka dgn itu, malamnya ibu dpt idea..tapi tu la..dah malam baru dapat idea...heheh...malamnya ibu cari batang aiskrim yg dikumpul2 sebelum ni, minta qaseh keluarkan water colour yg baru dibeli tu...then...tadaaaaaaaa .... Jom main kaler kaler....

20 April 2015

New JoB

Assalamualaikum....bz eh? A ah kan..mmg bz..if kenkadang tu, tak bz sgt pun tapi takjugak menjenguk blog kesayangan amba ni...betoi ka kesayangan kalau tak jenguk-jenguk?
Aper ceritanya nih? Nak cerita apa sebenarnya ni? Huhuhu...
Ok lah...kita cita hal semalam ja lah kot yer...
Alhamdulillah sekali lagi semalam aku masih diberi tanggungjawab tuk menjadi dayang ( penyampai hadiah) dlm satu majlis bulanan di agency kami. Ikutkan..nak menjadi dayang tu pun ada kretiria ( cam salah eja ja ) nya...hehe..ewah..tu nak ckp aku meet ler tu...  Tgk foto sikit2 na...time event takde pict..sebab takde sapa sudi ambil gambar teman...:(

23 February 2015

More Than Words Can Say

Aku tetap percaya pada hikmah cahaya yang Allah sediakan atas semua cabaran yg disediakan untuk ku lalui ketika ini. Pelihara hati..pelihara diri..pelihara kesabaran..peliharan lah iman... semua ini akan berakhir dengan baik baik aja.... insyaAllah

12 February 2015

Happy Birthday to Me!!!!

Assalamualaikum...

ayat clishe...' wahhh lamanya tak buka blog'...actually, biasa la tu kan kalau tak buka blog..kenkadang kita kan bizi..bizi ngan kerja..bizi ngan urusan baru....bizi dengan masalah...bizi dengan keseronokan...bizi memacam lah...bila blog itu kita jadikan sebagai perkara kedua ketiga malah kesepuluh...so bersarang lah jadinya blog itu dibuka lalu di update!.....hehehe,...ayat penyedap untuk blogger ibusumaiyah nih....hah!!!!

ape cer? ape cer? 

ceritanya hari ni... kiter ( lupa dah kata nama yang biasa diguna tuk blog ni...seee??? ) ekceli...kita rasa hepi sebab semalam adalah hari lahir kita....huhu...Selamat hari lahir lindaaa....
dengan medium FB yang ada...alhamdulillah....ramai juga yang abadikan ingatan with ucapan hari lahir kat wall kiter....TERIMA KASIH DAUN KELADI..:)


hmmm....time closing account ni mmg cekelat jer la dok teman kita mengunyah.... besday pun alhamdulillah dapat cekelat juga.... lepas settle besday dan closing account...jom p cex darah...!!!


HAPPY BIRTHDAY to me.... may all my golden dreams come true.... :)  muaaahhh

05 November 2014

Coming Up Vacation

Assalamualaikum,

hehe...ayat biasa bila lama tak update blog....------>   haiii,,,lama nya tak update blog...rindunya...


ummmppph.... hari ke hari makin bizi...dah la bizi..ditambah lagi dengan kebizian...sedut lagi bizi...langgsung bizi tahap bizi betul... tapi best juga tau bizi ni...sebab tak sedar masa berlalu...
dah setahun membizikan diri akhirnya sampai lah masa tuk stop sekejap waktu bizi.

NAK PERGI MELANCONG...yeayy..

Ikutkan tak lama lagi...dalam 2-3 hari je lagi...so nak tengok persedian kiter tak?...





ok...ini dulu na...
baiiii

25 July 2014

HAPPY BESDAY DADDY..... :)

HARI NI...25HB JULAI 2014... 35 tahun lalu...daddy ler dilahirkan oleh mak mertua kiter....hehehehe


Tahniah mak ..sebab telah melahirkan anak mak..yang sudi jadi suami linda....heheh


Terima kasih banyak-banyak banyak banyak...sebab ...

selalu jadi.....kawan linda...kawan serumah...kawan sebilik...kawan sekatil...kawan sebantal...
SELALU jadi...kawan gaduh...kawan merajuk..kawan yg selalu belikan baju kasut sampai terpaksa tumpang almari Amira dan Qaseh...
SELALU dan sangat selalu menjadi BANKER linda.....hehehhehehhee.....

TQ FOR EVERTHING.....lov u....




14 July 2014

PROGRAM UPIN DAN IPIN...

Assalamualaikum...

Sebelum ramadhan aritu agency ada buat satu event khas untuk anak-anak ahli. Mira n Qaseh opkos ambil bahagian. Anak-anak partner lain pun sama-sama join...meriah satu ball room...

rewang sebelum event






















Derang mmg seronok sangat dapat jumpa upin ipin....lebih-lebih lagi dapat suntikan motivasi dari Achik Sal

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh

Labels

NakCeritaJerr... (228) Kisahku (69) Dunia Amira (58) More Than Words (45) Dunia Qaseh (42) PeringatanTuu.. (33) CiterrMereka.. (31) Cerita Makan (25) MacamLerKreatipSangat.. (24) SegmenIbu (20) Rumah Idaman (15) CeritaTanaman (14) Tips (13) BangkuKosong (8) Cerita Serius... (8) CeritaSekolah (7) Terengganu (6) NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya (5) Cerita Travel (4) Visit Malaysia (4) Cerita Hari Raya (3) DuluDulu (3) Broga (2) Korea (2) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020 (2) PKP 2020 (2) PKP 3.0 (2) PKP Kedua (2) PKPD 2020 (2) PSRA2016 (2) Sugar Glider (2) Tasik Kenyir (2) Tempat Cantik Di Korea (2) Tutty n Fruity (2) UPSR2016 (2) Ucapan Selamat Hari Lahir (2) UiTM (2) cerita kreatif (2) hiking (2) Anaksulong (1) BEIJING (1) BELAJAR JARAK JAUH (1) BELAJAR MODE FLEKSIBEL (1) Belimbing Buluh (1) BukitGasing (1) CHINA (1) COVID19 MALAYSIA (1) Daddy (1) Diari (1) EqbalZack (1) FINAL TEST (1) FREETRIP (1) GINAL EXAM (1) ICEPS (1) INC450 (1) Jeju -Do (1) Kawan di Era 20 (1) Kenangan Bersama Arwah (1) Lesen Memandu Antarabangsa (1) LimauMadu (1) MCO (1) MELANCONGPERCUMA (1) MINGGU KE 14 UiTM. (1) MasukSekolah (1) Melancong (1) Motivasi (1) Nami Island (1) Nasihat (1) PELAJAR TUA (1) PJJ (1) PKPB SELANGOR (1) Pantai Batu Buruk (1) Pasar Besar Kedai Payang (1) PengalamanMengusikIngatan (1) Pulau Air Terjun Saok (1) Pulau Herba (1) Pulau Jeju (1) Rabbits (1) Ramadah2021 (1) Raya Di Bandar (1) Raya Tak Boleh Balik Kampung (1) SECOND DEGREE (1) Selamat Hari Lahir (1) Seogwipo Jeju (1) Syawal 1442 H (1) Taman Tamandun Islam (1) Travel Ke Jeju (1) Upin Ipin (1) Vacation (1) Versi Kawan (1) Visit Jeju (1) WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE (1) Yongmoeri Coast (1) brogahill (1) bukitbroga (1) haji (1) shah alam (1) treking (1) umrah (1)