Kawan Blog

Nombor Anda..:)

Showing posts with label UPSR2016. Show all posts
Showing posts with label UPSR2016. Show all posts

17 November 2016

Adab Ibubapa Mendapat Keputusan UPSR

Sempena hari ini adalah hari pengumuman UPSR Malaysia, bersama ini aku kongsikan catatan dari perkongsian group wasap kami.

******************

SKPTD Harlina:

Salam,
Adab, kepada semua yang bergelar ibu bapa dan dewasa sewaktu musim keputusan peperiksaan diumumkan.
Paling hampir ialah UPSR, diikuti PT3, SPM dan STPM.

Musim menerima keputusan peperiksaan menjelang lagi. Ada yang gembira, ada yang kecewa. Jika anak berjaya memanglah bangga dan seronok. Tiada masalah untuk dikhabarkan  kepada sesiapa yang bertanya. Jika keputusan anak kurang atau tidak berjaya sudah tentu ada yang bersedih dan kecewa.

Justeru, beberapa adab harus dipatuhi sempena musim menerima keputusan peperiksaan ini :

1. Cukuplah sekali bertanya pada rakan akan keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh anaknya. Jika rakan itu  hanya menjawab ,'cukup makan' atau 'biasa saja', tidak perlulah diulangi pertanyaan buat kali ke 2, untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut. Nak tolong bagi tambah markah  ke? Tolong jaga sensitiviti rakan. Hanya setakat itu saja yang dia bersedia untuk  kongsikan dengan kita. Itu hak dia. Perlu apa kita mendesaknya lebih lanjut lagi kalau dah dikhabarkan biasa saja. Yang tidak seronok dan amat mendukacitakan, ada juga orang yang nak sangat mengetahui kekurangan keputusan anak rakan untuk dikongsikan pula dengan org lain...dan talian hayat maklumat itu akan berpanjangan dengan ditokok tambah ayat2 penyulam yang tidak mustahil kurang enaknya jika didengar.

2. Jika berada dalam group janganlah memuji berlebih- lebihan kepada mereka yang anaknya berjaya, siap ada yang memuji 'emak bapanya bagus itu sebab  keputusan anaknya bagus'. Jika itu ayat itu dilontarkan bagaimana pula perasaan ibu bapa lain dalam group itu yang  anaknya kurang berjaya atau tidak berjaya langsung?  Adakah  sebab ibu bapanya tidak bagus, maka keputusan anaknya tidak bagus? Tentu mereka sedih. Hal ini adalah satu ujian, bukannya satu pembalasan.

3. Peringatan ini tegas untuk si penyoal yang suka bertanya tanpa ikhlas, boleh dikategorikan sebagai penyibuk. Ingat anda juga punya anak. Anak anda juga akan memperolehi keputusan peperiksaan. Suatu hari nanti anda akan hadapi situasi itu. Belum tentu anak kita semua pandai-pandai belaka meski  pun kita rasa kita adalah orang yang pandai. Jadi untuk menanyakan keputusan anak org lain itu beragak-agak dan berpada-padalah.
Yang penting jangan memaksa orang memberikan jawapan yang panjang lebar.

4. Kalau orang itu menjawab anak nya cuma dapat biasa2 aje, jangan lah ditanya pula, 'sains dapat berapa ?', 'math dapat berapa? '.
Berhentilah menyoal. Kalau bertemu buku dengan ruas mahu berkudapkan selipar. Jadilah orang yang bermulut mulia tidak bermulut longkang, dan berhati perut hijau.

5. Jika rakan kita itu ikhlas memberitahu keputusan anaknya tidak bagus, janganlah kita dengan sengaja mencerita dan menyampaikannya kepada oran lain. Hal ini mgkin tidak disenangi oleh rakan kita tadi. Kalau rakan kita tadi anaknya mempunyai keputusan yang bagus, bolehlah kita share dengan orang lain sebagai tanda tumpang gembira.

6. Hidup ini macam roda. Hari ini kita happy dengan keputusan anak kita, esok lusa tak tentu lagi. Hari ini kita gebang kekurangan  orang lain, esok lusa Tuhan paparkan kekurangan   kita pula.

Untuk peringatan sesama  kita,
Mulut dan hati perut manusia lain2...
Kekadang berbeza sungguh dengan penampilan..

So, berhati-hatilah.

16 November 2016

Esok Result UPSR & PSRA

Assalamualaikum ... :)

Amira anak sulung aku, sudah pun 12 tahun umurnya tahun ni. Telah menghadapi peperiksaan pentingnya yang pertama dalam hidup - UPSR & PSRA.

How time fly. Esok keputusan UPSR akan diumumkan. Untuk sekolah Amira, keputusan UPSR akan di diberikan sekali dengan keputusan PSRA walaupun keputusan PSRA telah dikeluarkan 15hb Nov iaitu 2 hari yang lepas.

Phewww..ibu memang gementar sangat. Amira??? dia memang NAMPAK tak kisah. Tapi ibu tau, Amira juga tengah gelisah dan berdebor-debor.

Untuk malam ini, selepas solat isyak, ibu rasa ia adalah masa yang sesuai untuk menenangkan hati kami yang berdebor-debor ni.

Maka, disaat lutut bertemu lutut. Selepas ucapan tahniah kepada si Adik atas kejayaan mendapat nombor 2 dalam kelas bagi ujian akhir tahun 2016, aku beralih ke kakaknya pula.

' Amira, esok Amira nak dapat keputusan dah. Ibu nampak Amira dah berusaha, Cikgu- cikgu disekolah pun dah gigih buat program untuk UPSR & PSRA ni. Dan kita memanglah mengharapkan dapat keputusan yang cemerlang. Kan?'

Amira angguk dan nampak ada airmata dah bergenang. Ibu pun tak boleh berterusan menggunakan ayat slow macam ni. Nanti ibu pun nangis sebelum habis kata-kata penting. Lalu....

' Esok....walau apa pun keputusan yang Amira dapat. perkara pertama Amira perlu buat adalah, sebut 'Alhamdulillah'. Jika dapat keputusan baik, sebut Alhamdulillah. Dan, walaupun keputusan esok tak seperti yang kita harapkan, Amira jangan rasa kecewa & malu, sebut juga Alhamdulillah...'

Mata nya bergenang lagi, suara ibu pun dah nak tersekat- sekat.

'Ibu redha je apa keputusan yang akan Amira dapat esok. Jadi Amira pun kena redha. Kita usaha lagi untuk PMR akan datang bermula dari tingkatan satu nanti. Ok?'

Amira angguk n senyum  :)

Sama seperti aku Senyum n Angguk :)


Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh

Labels

NakCeritaJerr... (228) Kisahku (69) Dunia Amira (58) More Than Words (45) Dunia Qaseh (42) PeringatanTuu.. (33) CiterrMereka.. (31) Cerita Makan (25) MacamLerKreatipSangat.. (24) SegmenIbu (20) Rumah Idaman (15) CeritaTanaman (14) Tips (13) BangkuKosong (8) Cerita Serius... (8) CeritaSekolah (7) Terengganu (6) NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya (5) Cerita Travel (4) Visit Malaysia (4) Cerita Hari Raya (3) DuluDulu (3) Broga (2) Korea (2) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020 (2) PKP 2020 (2) PKP 3.0 (2) PKP Kedua (2) PKPD 2020 (2) PSRA2016 (2) Sugar Glider (2) Tasik Kenyir (2) Tempat Cantik Di Korea (2) Tutty n Fruity (2) UPSR2016 (2) Ucapan Selamat Hari Lahir (2) UiTM (2) cerita kreatif (2) hiking (2) Anaksulong (1) BEIJING (1) BELAJAR JARAK JAUH (1) BELAJAR MODE FLEKSIBEL (1) Belimbing Buluh (1) BukitGasing (1) CHINA (1) COVID19 MALAYSIA (1) Daddy (1) Diari (1) EqbalZack (1) FINAL TEST (1) FREETRIP (1) GINAL EXAM (1) ICEPS (1) INC450 (1) Jeju -Do (1) Kawan di Era 20 (1) Kenangan Bersama Arwah (1) Lesen Memandu Antarabangsa (1) LimauMadu (1) MCO (1) MELANCONGPERCUMA (1) MINGGU KE 14 UiTM. (1) MasukSekolah (1) Melancong (1) Motivasi (1) Nami Island (1) Nasihat (1) PELAJAR TUA (1) PJJ (1) PKPB SELANGOR (1) Pantai Batu Buruk (1) Pasar Besar Kedai Payang (1) PengalamanMengusikIngatan (1) Pulau Air Terjun Saok (1) Pulau Herba (1) Pulau Jeju (1) Rabbits (1) Ramadah2021 (1) Raya Di Bandar (1) Raya Tak Boleh Balik Kampung (1) SECOND DEGREE (1) Selamat Hari Lahir (1) Seogwipo Jeju (1) Syawal 1442 H (1) Taman Tamandun Islam (1) Travel Ke Jeju (1) Upin Ipin (1) Vacation (1) Versi Kawan (1) Visit Jeju (1) WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE (1) Yongmoeri Coast (1) brogahill (1) bukitbroga (1) haji (1) shah alam (1) treking (1) umrah (1)