Kawan Blog

Nombor Anda..:)

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

08 March 2012

"Ya Allah, Sembuhkan lah Adik.."

Assalamualaikum...

Berlaku sejak 2 bulan yang lalu...

Ibu : Bismillahirrahmanirrahim...

Ibu : Ya Allah...sembuhkanlah anak kecil ku ini ( berdoa di dalam hati)

Qaseh : Ya Allah...sembuhkan lah Adik...Ya Allah, sembuhkan lah Adik....Ya Allah, sembuhkan lah Adik (sambil menahan sakit ketika aku nak sapukan krim Zink Oxcide pada tempat yang meleceh itu)

Ibu : (terkejut)....Adik baca doa yer...pandainyer Adik...

Qaseh : Kat PASTI Adik kan...Ustazah baca doa ' Ya Allah , sembuhkanlah Adik '...macam tu ibu...

Ibu : Ustazah baca ke...Adik yang baca?

Qaseh : Ustazah baca...Adik pun baca jugak...

Ibu : Ustazah baca kuat-kuat yer....

Qaseh : Ustazah nak ubat..pastu ustazah baca...

Ibu :    ....(....diam....senyum...speechless...of course!.) Alhamdulillah

p/s....sejak itu aku n Qaseh sama-sama bacakan doa...

...Operation kali terakhir, 5 tahun yang lalu...moga beroleh kesembuhan yang sepenuhnya biarpun dengan KEKURANGAN itu....

27 November 2011

Apam Polkadot : Resepi diSETIA

Assalamualaikum....

Kalau di google pun memang banyak sumber yang boleh diperolehi untuk pencarian resepi Apam Polkadot yang glemer sekarang ni kan...:)..tapi saje nak di letakkan di sini resepi yang ibusumaiyah buat..



BAHAN A

2 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu teh Baking Powder
1 Sudu Teh Soda Birkabonat

*** semua bahan ini di ayak bersama


BAHAN B

1 Biji Telur  (sejuka dari peti ais)
1 Cawan Gula  ( blender tuk haluskan jika mahu)
1 Cawan Susu Segar  @ Susu Cair
1 Sudu Ovelette ( NONA dah keluarkan ovelette bertanda Halal)
1 Sudu Teh Esen Vanila
Jem untuk filling
Pewarna yang di benarkan (aku pilih produk NONA)


CARA-CARA

1)  Pukul telur sampai kembang
2) Masukkan evelette dan pukul lagi hingga kembang . Jika tiada ovelette, boleh gunakan SUSU PEKAT MANIS.
3) Masukkan gula , pukul lagi yer..:)...sampai gula hancur 
4) Masukkan BAHAN A , berselang seli dengan Susu Segar @ susu cair....gaul-gaul rata
4) Titiskan Asen Vanila 


5)  Bahagikan kepada beberapa bahagian - ikut berapa banyak warna yang kita nak warnakan
6) Masukkan dalam bekas plastik tuk mudah memicit karang...:)..JEM pun di masukkan dalam plastik jugak..
7)  Sediakan bekas dan picit adunan dan filing (jem) ...then tutup jem filing dengan adunan...

8) Dot-dot kan dengan adunan warna lain.....

9) dann...siapp.....kukus selama 15 minit

Nota  :  **Jangan biarkan air menitis pada apam...nanti jadi apam MEKAR plak...:)..boleh balut penutup dengan kain bersih

**Gunakan Api Sederhana  


ok...siap untuk di hantar :) .....



SELAMAT MENCUBA...:)

22 October 2011

Pernah Makan LEPAT LIAT?.......:)

Assalamualaikum,

LEPAT LIAT...pernah dengar?...tak pernah?...pernah merasa?...tak pernah jugak?...hehehehe....
aritu mak ibusumaiyah datang dari  kampung.Kesempatan itu diambil untuk belajar buat kuih tradisi kampung -kampung yang dah lama tak merasa...iaitu LEPAT LIAT....:)

Kalau ikut resepi yang mak ajar ..hasilnya akan menjadikan LEPAR LIAT yang LIAT!!...hehhee dah nama pun lepat liat....mestilah dari rasanya yang liat itu....

Dengan itu, minggu lepas, setelah bahan-bahan mencukupi, tepung pulut yang mak bawa ari tu pun ade lagi, maka...aktiviti membuat LEPAT LIAT di lakukan sekali lagi....kali ini, resepi asal di ubah suai mengikut kebolehan ibu memakannyer..nak KURANGKAN LIAT.....kalau tak...bukan sahaja doa makan yang kena baca..malah mengucap juga mungkin boleh di nasihatkan di baca sebelum makan LEPAT LIAT ni....memang liattttt....

Adelah bawa ker opis untuk di cuba.....hahahhahaha....boleh di katakan semua orang opis tak pernah MERASA LEPAT LIAT itu bagaimana rasanya.....hehehhee.....kelakar...memacam komen diterima...yang berlapik...yang spontan....huhu


Untuk menghasilkan lebih kurang 2O bungkus Lepat Liat :


BAHAN A..
4 cawan Santan  
4 cawan Gula Merah (pilih yang warna gelap sikit)
1-2 Sudu Gula Pasir (nak manis lagi..tambah lah yer) 
1/2 sudu kecil garam


BAHAN B..
6 cawan Tepung Pulut
4 cawan Tepung Gandum (ayak siap-siap)

Bahan C - Inti
1 cawan (atau lebih) Kelapa parut + sedikit garam : di gaul bersama untuk rasa masin-masin lemak. Gaul dalam bekas lain dan ketepikan.

Bahan D- Pembalut Lepat
2 pelepah Daun pisang -di layur dan bersihkan dengan kain bersih. Potong bahagian keras daun dan hujung. Bahagikan (kerat dengan kuku) daun pisang lebih kurang sebesar tapak tangan. 


Cara nya :

Bahan A - Di masukkan dalam  periuk dan dimasak atas api sederhana. Masak sehingga gula larut- mendidih. Tutup api dan sejukkan. Boleh sediakan bahan ini sejam awal. sambil tu boleh buat kerja lain.

Setelah Bahan A sejuk....tapiskan ... dan tuang dalam bekas yang di isi Bahan B....dinasihatkan tuang sedikit-sedikit kemudian gaul dengan jari sehingga seperti gambar A dibawah. 



-GAMBAR A-

Kemudian Letakkan (dengan jari) atas daun pisang yang telah di layur dan di belah....sebelum tu sapu minyak sikit atas daun pisang..agar tak melekat...ambil dalam ukuran setengah genggam dan tekan-tekan atas daun pisang. Letakkan INTI kelapa tadi...lagi banyak inti...lagi best...letakkan memanjang kebawah. Dan balut  seperti lepat lain-lain nyer.....kemudian...sedia untuk di kukus......kukus selama 30-45 minit dan siapppp.....

----sebelum di kukus.....


p/s.....panaskan air kukus terlebih dahulu...balut penutup periuk kukus dengan kain bersih untuk mengelakan wap air jatuh mengenai lepat....:)

Selamat mencuba...

18 October 2011

Bestnyer....Ganjaran dari Allah : Dari Hamil Hinggalah Menguruskan Bayi

Assalamualaikum....

Seronoknya jika dapat mengalami lagi tempoh hamil. Membawa bayi dalam kandungan. Selamat melahirkan bayi yang sihat walaupun merasai kesakitan yang tak tergambar dek kata-kata. Menyusukan anak kecil itu dengan 'darah' yang mengalir segar dari badan ibu. Menghalau nyamuk atau apa juga seranggan yang cuba mendekati bayi itu. Bersiap sedia untuk bangun tengah malam memastikan si kecil menyusu tiba tempoh waktunya. Melihat wajah bayi. Mendodoikan. Memandikan....mmmm....sungguh rindu waktu itu...kegembiraan yang tiada ungkapan lebih manis untuk di gambarkan....selain Alhamdulillah dan syukur dengan nikmat Allah.

Mari lihat ganjaran yang Allah sediakan...yang kita sebagai ibu sendiri mungkin tidak perasan tentang hakikat ini...:) mari baca...



 
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

15 October 2011

Berniaga Bukan Sahaja Mendapat Duit Tetapi Pahala Juga...

Assalamualaikum....

Seminggu ni aku dan adik membantu kakak yang baru sampai tuk menjaya hasrat nya. Kakak itu berhasrat tuk berniaga. Well, berniaga memang sesuatu yang menyeronokan dalam kepenatan. Seronok bila hasil niaga kita membuahkan pendapatan. Walaupun tak seberapa tetapi membalikkan modal yang dilabur, itu adalah baik untuk permulaan. Bagi berniaga secara kecil-kecilan, seperti menjual nasi lemak bungkus, bihun bungkus siap  atau apa sahaja yang boleh di bungkus siap kemudian di pasarkan dan terjual, menuntut seribu keihlasan sebenarnya.



1) Beniaga Untuk Untung
Peniaga yang berniaga untuk untung, memang tidak akan kira apa juga masalah yang akan di hadapi oleh pembeli selepas membeli. Samada meletakkan harga yang tinggi - kurang kuantiti atau tambah kuantiti- tambah jugalah harga nya. Kurang sedap tapi harga mahal..

2) Berniaga Untuk Ala-kadar
Kita boleh nilai jenis peniaga yang begini. Contohnya, menjual nasi lemak bungkus. Hari pertama sedap! hari kedua masih sedap!..then ramai yang membeli dan mengetahui kelebihan nasi lemak nya itu. Maka hari ketiga masih sedap...Malangnya kesempatan itu di ambil dengan menyediakan masakan yang kurag sedap keesokan harinya. Tak sedap lah pulak!. Ini yang selalu terjadi.

3) Berniaga Untuk Untung Di akhirat
:)...peniaga jenis ini amat teliti dalam menghasilkan produk nya. Sangat pemurah dalam menjual. Maksud nya- harga murah - kuantiti banyak/lebih sikit/memadai dengan harga yang di berikan. Peniaga jenis ini sentiasa memastikan rasa produknya adalah SAMA atau LEBIH BAIK dari yang sebelumnya sambil masih mengekalkan harga yang berpatutan tersebut.Agar sukar menemui peniaga jenis ini. :)

Sebenarnya, banyak manfaat yang kita boleh perolehi dengan hanya menjual nasi/bihun/mee bungkus ini. Tak payah lah bercakap tentang perniagaan yang besar-besar.  Menjual di jalanan atau hanya menumpang letak di gerai-gerai kecil. Peluang ini sebenarnya boleh diambil untuk bersedekah melalui makanan.

Bagaimana ?
1) Menambahkan kuatiti nasi dalam bungkusan. Menambahkan sambal dalam bungkusan agar pelanggan rasa puas dan tidak rugi membeli.
2) Menyedapkan masakan, itu adalah amat perlu. Dan jangan sesekali mengurangkan kuantiti dalam satu bungkusan hanya kerana masakan anda SEDAP!!! sungguh rugi
3) Niatkan bersedekah dalam setiap bungkusan yang disediakan. Hal meletakkan / tumpang letak di gerai mempunyai risiko yang biasa - kecurian tanpa sedar....:) maka, cara yang terbaik adalah niatkan sedekah dari awal, agar tiada penuntutan di hari kelak.....kita dapat pahala dan si pencuri itu?...biarlah Allah sahaja yang uruskan...

:)......untuk itu nasihat sentiasa aku berikan kepada kakak yang telah memulakan perniagaan nya....tidak mahu perkara yang aku TIDAK SUKA sewatu membeli terjadi lagi......:)

Selamat Berjaya DAN berhati-hati .....

01 October 2011

Misteri Gempa : Reaksi Aneh Haiwan Dan Alam Sebagai PETANDA GEMPA

Membaca paper online pagi sabtu ini menemukan kepada artikel istimewa tentang gempa bumi yang semakin menjadi-jadi sekarang..:)..ade misteri yang tersendiri. Ye lah kan, saintis dunia ni rajin wat kajian kerosakan bumi YANG TELAH DIROSAKKAN sendiri oleh penduduk bumi.

- Pantai Teluk Batik  - Foto Ibusumaiyah 

Petanda gempaSaintis dunia - Dr Neil Whitehead yang mengkaji gempa bumi di Darfield, New Zealand pada 4 September 2010 telah menyenaraikan tindakan spontan haiwan sebelum gempa di New Zealand serta kejadian sama di Kobe, Jepun dan di Turki.

Berikut hasil kajiannya:


1. Deria unik haiwan
  • Sehari sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh 40 bebiri yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah berlindung daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah takut dengan apa yang bakal berlaku
  • Laporan lain mengenai kuda yang tiba-tiba mengamuk dan enggan diikat.
  • Beberapa pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di Kobe, Jepun, sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising dan seolah-olah memaksa tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada laporan menyatakan kucing menggigit dan mencakar tuan mereka supaya keluar rumah.
  • Pemantauan di Christchurch, New Zealand, melaporkan pemilik burung mengadu binatang itu secara berterusan bising dan seolah-olah mengamuk dalam sangkar. Seorang penduduk pula berasa pelik melihatkan itik peliharaannya bertenggek di bumbung rumah dua tingkatnya, sehari sebelum gempa bumi.
  • Di Canterbury, mamalia peliharaan - arnab dilaporkan memijakkan kaki dan melompat seolah-olah memberi amaran sesuatu buruk bakal berlaku, kira-kira 90 minit sebelum kejadian.
  • Laporan lain memetik petugas National Zoo di Washington, Amerika Syarikat, menyenaraikan pelbagai kelakuan aneh haiwan di situ seperti Orang Utan, gorila dan burung flamingo pada 19 Ogos lalu iaitu sehari sebelum kejadian gempa bumi di kawasan itu. Orang Utan dan gorila secara tiba-tiba mengamuk dan membuat bising dalam kandang mereka manakala burung flamingo berkumpul dan dalam keadaan gelisah, juga dilaporkan beberapa minit sebelum gempa bumi berlaku.
  • Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri ke kawasan tinggi beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi di LAquila, Itali.
  • Pada 1975, laporan paling popular menyenaraikan ular dan katak keluar daripada tempat persembunyian masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud 7.3 di Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan mengelak lebih banyak kematian.
  • Pakar gempa Amerika Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan itu disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat. Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau lebih bertenaga, yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.

2. Perubahan di darat/air
  • Beberapa hari sebelum gempa bumi di New Zealand, September tahun lalu, penduduk yang berkelah di sekitar sungai Hagley Park, melaporkan fenomena getaran di situ.
  • Pasangan suami isteri yang berada di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.

3. Langit/awan
  • Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna menyamai pelangi.

4. Elektronik
  • Petanda paling kerap dilaporkan adalah gangguan siaran televisyen yang berlaku pada malam sebelum gempa bumi New Zealand berkenaan. Laporan gambar menjadi kaku dan cubaan bertukar ke siaran lain juga gagal.
  • Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.
  • Petugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat terpisah daripada buku.

14 August 2011

J.A.N.G.AN B.A.N.G.G.A.....



Jangan bangga berkulit putih, kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT

Jangan bangga dengan rumah bagus dan besar, kerana rumah terakhir kita = KUBUR


Jangan bangga dengan baju bagus, kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN

Jangan bangga dengan kereta & motor besar, kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA

Jangan bangga dengan Minyak wangi berjenama  ,kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS

Ada Orang PAKSA BELI?..Ada Orang PAKSA JUAL?

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Alhamdulillah...dah sampai ker hari 15 puasa...kalau terawih pun dah ade bacaan doa qunut :)....Persiapan raya ok ker tahun ni?..:)

mmm....dalam urusan jualbeli, alhamdulillah aku faham kenapa sesuatu harga barang itu NAIK/MAHAL tak terkata...dah susah nak jumpa barang murah?....kenapa mahal tu?...tak leh murah ker?....saper yang punya angkara ni?.....dalam topik perdagang pun....perkara ini di kenalpasti. Punca UTAMA harga barang naik adalah kerana ORANG TENGAH..atau pemborong.

Sesuatu barangan itu ada yang diperolehi melalui BANYAK ORANG TENGAH/pemborong...ada yang 'direct'..atau terus dari ladang...terus dari kilang...hehe  ... dan disebabkan orang tengah atau pemborong ini juga mahu mengaut keuntugan, makan harga barang itu di naikkan mengikut keuntungan yang hendak di perolehi. Seterusnya ia memberi kesan yang amat jelas dimana HARGA barangan itu menjadi murah atau MAHAL atau mungkin AMAT MAHAL apabila sampai kepada pembeli terakhir/pengguna. Siapa pembeli? kita lah kan...walaupun kita ni PEMBORONG...tapi kita juga adalah pembeli dalam satu rangkaian jualbeli.

Samada itu adalah SEBAB MUSABAB atau HANYA ALASAN penjual, tetap ayat ini glemer bila di tanya.." kenapa mahal sangat ni cikk?'               -jawab penjual " ..kami pun dapat harga camni..amik untung sikit jer ni.." atau.."...dah pemborong pun letak harga mahal..terpaksa jual harga macam ni..'....atau.." harga bahan mentah naik lah dikk...gula-susu-tepung-ayam semua dah mahal.."

INSYAALLAH dan ALHAMDULILLAH....aku masih faham dengan keadaan ini.....TAPI!!!....tahniah kepada PENJUAL BIJAK...yang bijak mencari pemborong...bijak menjual dengan harga yang berpatutan...bijak memahami pengguna/pembeli...bijak mengira keuntungan dengan tidak menekan pembeli...bijak mengambil peluang menjadi KAYA didunia dan KAYA diakhirat...bijak segalanyer lah.....tahniah di ucapkan....moga di murahkan lagi rezeki mereka...

Berniaga adalah jalan mudah untuk kaya...benar...ambil lah peluang....dengan perniagaan ni lah juga kita boleh KAYA di akhirat...bagaimana?..kita boleh BERSEDEKAH ketika berniaga...?..payah yer...memang lah payah...ZAKAT PERNIAGAAN?...hehe....pandai-pandai lah pikir yer..kaunter zakat sentiasa terbuka untuk sebarang pertanyaan...itu LEBIH WAJIB dari membayar cukai yang di wajibkan oleh kerajaan...dan aku tak kata cukai tak perlu di bayar ...

APAPUN....walau semahal mana..walau SEMURAH mana pun harga barangan itu...KEBIJAKSANAAN masih terletak pada diri pembeli/ pengguna....hak pengguna/pembeli pun memang dah disediakan dalam kerajaan....kalau kita rasa harga kuih tu 50 sen saketul kecik itu MURAH...beli lah...dan makan lah dengan senang hati...(Bismillah dulu naa sebelum makan..)...tapi...rasa MAHAL SANGAT...hah!!...tak yah beli....kan senang???...ATAU  PUN  pergi buat report atas dasar hak pengguna .........Pembeli pun kena lah BIJAK....pilih sama ada nak beli atau tidak..atau report....

Tidak ade sesiapa pun yang PAKSA kita untuk MEMBELI.....dan tidak ada SESIAPA pun yang PAKSA kita MENJUAL.....memasig ada hak dan kepentingan sendiri....

Nak beli...beli lah dengan BIJAKSANA...nak menjual pun sama lah juga .....TIADA PAKSAAN ....:)

p/s......berjemana ? selesa? ...terpulang...

07 August 2011

Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa - # 9 -10


9)  Ganjaran DUNIAWI :)

Ada yang tidak setuju dengan usaha ganjaran-ganjaran ni....:)....ada yang cakap ianya memanjakan sangat...ade yang cakap..nanti anak-anak tak ikhlas berpuasa....:)..terpulang...untuk anak 7 tahun ibu ni...ibu memang umpannyer dengan GANJARAN DUNIAWI ni....supaya dia lebih bersemangat untuk berpuasa. Disamping itu, jangan lah di lupa untuk maklumkan apa GANJARAN dari Allah untuk orang yag berpuasa...rasanya mereka dah tahu erti pahala n dosa...Qaseh pun tahu..kalau pukul kakak..tak baik n berdosa pukul-pukul orang.....hehehe
....photoibusumaiyah.blogspot.com.....

10 Doa Ibubapa

Tiada apalah yang boleh kita lakukan setelah semua usaha telah di jalankan....serahlah pada Allah...ibubapa pun perlu IKHLAS dalam mendidik anak-anak...bukan nak menunjuk kat kengkawan...anak ko posa berapa hari?..anak aku puasa 35 hari?....payah lah gitu kan?...yang penting...untuk anak kecil ini...bukan lah KUANTITI puasa itu...tapi pengalaman dan pengajaran serta pengisian untuk diri nya mengetahui apakah makna BULAN RAMADHAN itu....

Berdoalah pada Allah di beri kemudahan urusan mendidik mereka dan kemudahan menerima ilmu yang cuba di ajar kepada mereka. Doakan juga kekuatan mental dan fizikal mereka dan kita juga..:) ..kerana hanya Allah sahaja yang maha memberi...:) 

p/s.....selamat mencuba....masih belum terlambat ....kerana TIADA yang lewat untuk memulakan sesuatu....jom sama ajar mereka berpuasa..:)

04 August 2011

Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa # 7 - 8

-sumber dari google-

7) Sorokkan Semua Makanan
Kalau biasanya ade diletakkan  balang-balang cookies, gula-gula, asam-asam ker...jeruk-jeruk ker..bekas berisi buah-buahan ker..kannn....untuk menguatkan iman anak-anak kecil yang baru berlatih puasa ni....mungkin boleh diSIMPAN atau SOROKkan jer bekas-bekas tu...mana lah tau kot selama ni diaorang memang asal balik jer capai balang tu kan....so nak elakkan diaorang dari 'mencapai' secara tak sengaja..kang kita lak nak bebel kat diaorang secara tak sengaja kan?...bebel ker?...takde lah kan...
Tapi!! kalau pun anak-anak ni termakan secara tak sengaja.....jgn lah terperanjat meroyan plak...coool...tarik nafass...n..minta diaorang kumur...leh sambung puasa....:)

8) Kerjasama dan Sokongan Ibubapa
Mendidik anak kecil berpuasa perlukan sokongan dari kedua –dua ibu bapa.  Dan sebenarnya, dalam nak mendidik aper pun..sokongan dari KEDUA-DUA ibu bapa adalah AMAT perlu. Kalau satu pihak jer beriya nak ajar..”satu pihak lagi SOKONG, tapi terserahlah pada mak nyerr”.....
Sokong ajer tak berapa menjadi..yang menjadi kalau SOKONG dan KERJASAMA...yer la...si anak dok merenget nak berbuka...maknyer nak masak laaa...tukar lampin anak yang sorang lagi laaa...susukan anak yang ketiga n keempat laaa (kembar kan)...ayah?...dok depan TV lah kejap!!! PENAT!!! Sambil mata dah layu nnn TERTIDO....waduhh....tapi sebelum tu sempat la sebut kat anak  kecil yang sedang berlatih puasa tadi “ jangan la buka puasa......” itu jer?...sokong gak lah tu kan?
....maka dengan itu...memang lah SOKONG itu amat perlu..tapi kerjsama juga AMAT di perlukan...sama-sama mendidik kan best...seronok tau...tak caya??? cer try test tengok SOKONG & BEKERJASAMA .....:)...tapi di yakini...perkara ini ..ibubapa di luarsana pasti lebih arif..:)

p/s ...Selamat Mencuba....rasa terlewat?.TIADA yang terlewat untuk memulakan sesuatu...:)

03 August 2011

Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa # 5 - 6

5)  Lekakan Anak-anak sepanjang hari
 Kebanyakannya dah bersekolah. Masa kita bersama diaorang mungkin hanya tinggal beberapa jam sebelum Azan Maghrib. So,...macam mana nak leka kan anak-anak ni?...ade yang keletihan laaa...yang nak air laaa...yang merayu tak tahan hausss.....itu sumer merujuk kepada situasi anak-anak...kalau nampak tegap..ok ..sihat dan cerdas....minta lah bertahan...minta diaorang baring sambil tengok video kartun ka...main games ker...aper-aper ajer...kalau yang suka baca buku...sediakan buku untuk diaorang...janji yang MELEKAKAN...

Tapi!!!!....kalau dah nampak muka anak-anak tu BIRU...lembik..tak bermaya..kering...aper-ape jer yang LUARBIASA dan MENAKUTKAN....layan lah permintaan diaorang, ...bab ni PASTI ibubapa paling bijak melihat...Jangan di paksa jika diaorang memang tak mampu....Ingat..kita nak melatih....kalau anak itu dapat BERTAHAN sampai waktunya....di persilakan...pantau lah diaorang..


6) Berbuka Makanan/ Minuman Kegemaran

Terpulang..sama ada nak beli..atau nak masak...asal...yang penting kena minum banyak-banyak...dan makan secukupnya...

...INI BUKAN MAKANAN YANG MENYIHATKAN yerrr...

02 August 2011

Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa - # 3 & 4

  Dah baca entry ni?  Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa #1&2...kalau belum..boleh lah klik link tersebut..:)


aduhh..rindunya kat laman berparit cam ni....

 Entry kali ni adalah untuk tips seterusnya..:

3) Niat Puasa Bersama-sama Anak di Malam Hari / Waktu Sahur 
Pada malam pertama di is wajibkan puasa, eloklah kumpulkan anak-anak dan ajarkan niat berpuasa. Boleh jugak nak test sorang-sorang baca!..tak de masalah...janji NIAT dalam hati jangan di lupa...dann....jangan lupa....wajib di dahulukan dengan Bismillah...
Tengah-tengah ajar tu macam biasalah kan....ade anak-anak yang betah nak bertanya tu...kompom la akan di ajukan soalan itu ini...makanya...bersedialah dengan jawapan yang benarrr...:)

4) Sahur bersama
Agar anak-anak kecil ni tak TERKEJUT meraban kena bangun awal pagi...lebih awal dari biasa kan..maka REMIND anak-anak yang mereka AKAN DIKEJUTKAN AWAL untuk makan...boleh la terangkan...kena makan juga waktu pagi tersebut supaya tak lapar di siang hari...

Jika diaorang tak nak bangun awal..seawal kita ni haaa...kasik la sahur sebelum kesekolah pagi tu...dalam kul 6.30 pagi ker...SEBAB...kita nak melatihnya berPUASA...mengenal erti Tidak Makan Dan Minum...hal -hal mengumpat-caci sumer belum tahap budak 7 tahun boleh pikir pun...tapi...jika nak di TEKAN KAN juga....di persilakan...tiada lah halangan..:)

kes ibusumaiyah : Hari pertama semalam : Amira anak dara 7 tahun ni, menangis tak nak bangun sahur sama...nak tido lah tu...cuti sekolah plak hari first puasa..makanya ibu kasik dia SAHUR dalam kul 6.30 - 7.00 pagi.....hari ni (hari kedua)..awal sikit...esok lusa boleh lebih awal..InsyaAllah..:)

Selamat Mencuba..

p/s...rasa sudah terlewat...:)..TIADA yang lewat untuk memulakan sesuatu..:)

Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa..# 1 & 2

Assalamualaikum...dan selamat sejahtera..

Sebetulnya ibusumaiyah bukan lah nak memberi tunjuk ajar atau aper...cuma nak berkongsi pengalaman mengajar atau lebih tepatnya menggalakkan kanak-kanak...iaitu anak-anak kita berpuasa...maklumlah sekarang ni kan bulan ramadhan yang mulia...jadinya...mungkin banyak entry yang sebegini akan di lihat selain resepi masakan dan juadah yang enak-enak...:)

Ibusumaiyah pun ade anak kecil meningkat besar... dah 7 tahun dah umurnyer....sejak 5 tahun dah train dia berpuasa...masa umurnya 5 tahun...dia masih belum tahu PUASA tu aper...sampailah 6 tahun pun ..dia cuma tahu...PUASA tu adalah PUASA...tak leh makan dari pagi sampai petang jer...tapi tak sampai maghrib...ade masanya dia dah minta air...dahaga....

Baiklah...untuk kanak-kanak yang masih peringkat umur begini...jangan letakkan KUANTITI sebagai Target utama...apa yang penting adalah pemahamannya tentang ibadah puasa...

Langkah PERTAMA yang ibu cuba adalah :

1) BERKEMAS DAN MENYIAPKAN RUMAH...SPECIFIKNYA BILIK TIDUR SIKECIL
kerja mengecat sebelum masuk rumah tahun lepas

Maklumkan padanya kedatangan Ramadhan dan persiapan bagi menyambut kedatangan Ramadhan...

Ibu minta Amira -anak dara 7 tahun ini kemaskan sendiri bilik tidurnya...sebagaimana yang disukai..terpulang...Ada juga ibubapa yang menghias bilik anak-anak mereka dengan meriah sekali...ade belon-belon..lampu-lampu lip-lap...memacam lagi...:)...memang best..anak-anak kiter pun akan terasa bestnyer..." tak sabar nak puasa"....


 2) CUCI KAIN TELEKUNG @ MEMBELI JIKA MAMPU
Pilihan adalah mengikut bajet dan kemampuan kita. Ibu hanya mencuci telekung anak-anak memandangkan telekung masih baru dibeli dan digunakan...:)...anjurkan agar mereka merendam/meletakkan kain telekung didalam mesin/besen sendiri.....

p/s ....rasaTerlambat sudah?....TIADA YANG LAMBAT UNTUK MEMULAKAN SESUATU..:)..

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh

Labels

NakCeritaJerr... (228) Kisahku (69) Dunia Amira (58) More Than Words (45) Dunia Qaseh (42) PeringatanTuu.. (33) CiterrMereka.. (31) Cerita Makan (25) MacamLerKreatipSangat.. (24) SegmenIbu (20) Rumah Idaman (15) CeritaTanaman (14) Tips (13) BangkuKosong (8) Cerita Serius... (8) CeritaSekolah (7) Terengganu (6) NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya (5) Cerita Travel (4) Visit Malaysia (4) Cerita Hari Raya (3) DuluDulu (3) Broga (2) Korea (2) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020 (2) PKP 2020 (2) PKP 3.0 (2) PKP Kedua (2) PKPD 2020 (2) PSRA2016 (2) Sugar Glider (2) Tasik Kenyir (2) Tempat Cantik Di Korea (2) Tutty n Fruity (2) UPSR2016 (2) Ucapan Selamat Hari Lahir (2) UiTM (2) cerita kreatif (2) hiking (2) Anaksulong (1) BEIJING (1) BELAJAR JARAK JAUH (1) BELAJAR MODE FLEKSIBEL (1) Belimbing Buluh (1) BukitGasing (1) CHINA (1) COVID19 MALAYSIA (1) Daddy (1) Diari (1) EqbalZack (1) FINAL TEST (1) FREETRIP (1) GINAL EXAM (1) ICEPS (1) INC450 (1) Jeju -Do (1) Kawan di Era 20 (1) Kenangan Bersama Arwah (1) Lesen Memandu Antarabangsa (1) LimauMadu (1) MCO (1) MELANCONGPERCUMA (1) MINGGU KE 14 UiTM. (1) MasukSekolah (1) Melancong (1) Motivasi (1) Nami Island (1) Nasihat (1) PELAJAR TUA (1) PJJ (1) PKPB SELANGOR (1) Pantai Batu Buruk (1) Pasar Besar Kedai Payang (1) PengalamanMengusikIngatan (1) Pulau Air Terjun Saok (1) Pulau Herba (1) Pulau Jeju (1) Rabbits (1) Ramadah2021 (1) Raya Di Bandar (1) Raya Tak Boleh Balik Kampung (1) SECOND DEGREE (1) Selamat Hari Lahir (1) Seogwipo Jeju (1) Syawal 1442 H (1) Taman Tamandun Islam (1) Travel Ke Jeju (1) Upin Ipin (1) Vacation (1) Versi Kawan (1) Visit Jeju (1) WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE (1) Yongmoeri Coast (1) brogahill (1) bukitbroga (1) haji (1) shah alam (1) treking (1) umrah (1)