Kawan Blog

Nombor Anda..:)

03 August 2010

Dunia Qaseh: Sahur + Kontraksi

SEAWAL jam 4.30 pagi , perut ku dah merasa sakit-sakit..jam 5 pagi aku bangun macam biasa untuk bersahur. Hari itu adalah hari ke 15 ramadhan dalam tahun 2007. Allah permudahkan urusan puasa ku...tekad untuk berpuasa selama mana yang boleh, aku berjaya berpuasa di tempoh sarat mengandung ni....kerana tahu aku akan bersalin dalam bulan mulia ini juga dan sudah pastilah aku tidak dapat berpuasa penuh untuk tahun 2007, Maka dengan itu, sudah ku tekadkan untuk berpuasa seboleh mungkin. 

Pengalaman dari sahabat ku- Azizah diambil untuk memudahkan urusan berpuasa ku...PAKSA DIRI UNTUK MAKAN DI WAKTU SAHUR...dan memang tak di nafikan...ade masanyer aku akan muntahkan balik bila selesai bersahur...kerana morning sickness yang datang balik di 3 bulan terakhir tempoh mengandung itu...tapi..alhamdulillah, Allah permudahkan juga urusan puasa ku bila muntah masih dalam tempoh belum habis imsak..so boleh la top up sikit balik dengan air atau biskut....dan terus berpuasa...yang menariknyer, bila di siang hari...tak pula rasa lapar teramat seperti hari bukan bulan puasa...rasa ringan jer badan.....tapi opkoss la letih tu tak dapat nak di elak...

...pagi tu, masa bersahur. perut ku merasa sakit-sakit makin kerap..seperti 15 minit sekali..aku telefon mak di kampung...mak pun baru jer abis bersahur.Maklumkan pada mak perut aku sakit-sakit..." mmm dah tiba masa tu...InsyaAllah dalam tengah hari nanti bersalinlah tu...bersiap la pakai baju budak semua..itu kira sakit tanda tu" mak aku cuba terangkan.." tak pe la...mak doakan hang selamat la bersalin nanti...dan semua-semuanya selamat..pegi la bersiap-siap.."...mak sambung lagi..,ohh...ini la kontraksi tu...baru aku teringat...

Aku mandi, solat subuh dan bersiap-siap seperti nak ke opis...pakaian baby n keperluan lain memang dah ready sejak sebulan yang lalu lagi...siap dalam beg..cuma bawa jer bila diperlukan...dan memang sejak seminggu lalu beg tu telah ready dalam kereta dah...hehe


Pagi tu, daddy tak banyak bersembang...mungkin daddy pun risau tengok aku yang cepat-cepat capai daddy bila sakit-sakit tu datang...habis tangan daddy kena genggam..bila siap semua, daddy hantar aku hari tu..selepas hantar Amira ke rumah pengasuh, aku decided..tak nak g opis...sebaliknya terus ke hospital. Aku sampai di hospital lebih kurang jam 7.30 pagi....di sorong dengan wheel chair ker labour room terus...laaaaaaaa....dah nak bersalin ker aku ni?...

-sambung nanti lak yer........:)

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh

Labels

NakCeritaJerr... (228) Kisahku (69) Dunia Amira (58) More Than Words (45) Dunia Qaseh (42) PeringatanTuu.. (33) CiterrMereka.. (31) Cerita Makan (25) MacamLerKreatipSangat.. (24) SegmenIbu (20) Rumah Idaman (15) CeritaTanaman (14) Tips (13) BangkuKosong (8) Cerita Serius... (8) CeritaSekolah (7) Terengganu (6) NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya (5) Cerita Travel (4) Visit Malaysia (4) Cerita Hari Raya (3) DuluDulu (3) Broga (2) Korea (2) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020 (2) PKP 2020 (2) PKP 3.0 (2) PKP Kedua (2) PKPD 2020 (2) PSRA2016 (2) Sugar Glider (2) Tasik Kenyir (2) Tempat Cantik Di Korea (2) Tutty n Fruity (2) UPSR2016 (2) Ucapan Selamat Hari Lahir (2) UiTM (2) cerita kreatif (2) hiking (2) Anaksulong (1) BEIJING (1) BELAJAR JARAK JAUH (1) BELAJAR MODE FLEKSIBEL (1) Belimbing Buluh (1) BukitGasing (1) CHINA (1) COVID19 MALAYSIA (1) Daddy (1) Diari (1) EqbalZack (1) FINAL TEST (1) FREETRIP (1) GINAL EXAM (1) ICEPS (1) INC450 (1) Jeju -Do (1) Kawan di Era 20 (1) Kenangan Bersama Arwah (1) Lesen Memandu Antarabangsa (1) LimauMadu (1) MCO (1) MELANCONGPERCUMA (1) MINGGU KE 14 UiTM. (1) MasukSekolah (1) Melancong (1) Motivasi (1) Nami Island (1) Nasihat (1) PELAJAR TUA (1) PJJ (1) PKPB SELANGOR (1) Pantai Batu Buruk (1) Pasar Besar Kedai Payang (1) PengalamanMengusikIngatan (1) Pulau Air Terjun Saok (1) Pulau Herba (1) Pulau Jeju (1) Rabbits (1) Ramadah2021 (1) Raya Di Bandar (1) Raya Tak Boleh Balik Kampung (1) SECOND DEGREE (1) Selamat Hari Lahir (1) Seogwipo Jeju (1) Syawal 1442 H (1) Taman Tamandun Islam (1) Travel Ke Jeju (1) Upin Ipin (1) Vacation (1) Versi Kawan (1) Visit Jeju (1) WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE (1) Yongmoeri Coast (1) brogahill (1) bukitbroga (1) haji (1) shah alam (1) treking (1) umrah (1)