1. Tema Puisi adalah bebas, bergantung kepada kreativiti anda. Yang paling penting puisi bermesej dan asli. (Cadangan tema: Kemanusiaan, Palestin, Agama, Nasihat, Politik)
2. Wujudkan satu entri puisi di blog anda disertakan dengan Banner Contest Aku Berpuisi & Tajuk entri "Contest Aku Berpuisi-Tajuk Puisi Anda". (Contoh tajuk: Contest Aku Berpuisi-Jasa Guru)
3. Tinggalkan link pada ruangan komen entri Contest Aku Berpuisi.
4. Tag 3 orang kenalan blog - SAYA Tag - Hassrulhassan , fadzilah dan eqah
5. Tarikh Akhir 16 Ogos 2011..( dah dilanjutkan pada 30 OGOS 2011)
5. Tarikh Akhir 16 Ogos 2011..( dah dilanjutkan pada 30 OGOS 2011)
PONDOK ITU
Pondok kecil itu,
Beratap tidak berbumbung,
Berlantai tidak beralas,
Berdinding tidak berhadang,
Ada hati perlu di bajai
Ada jiwa perlu dibelai
Ada roh perlu di jasadkan
Ada rasa perlu diberikan
Ada rahsia perlu di terokai
Namun,
Siapakah yang membajai
Siapakah yang peduli
Siapakah yang ketahui
Haruskah..
Dibiar sahaja tanpa iri
Dibiar sahaja tanpa peri
Dibiar sahaja tanpa simpati
Salahkah mereka?
Salahkah kita?
Salahkah dunia?
Hidup dengan hukumNya
Hidup atas EhsanNya
Bila Memberi , Pasti Ada Yang Merasa...
Memberi lah....dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah...
SEKIAN....
3 comments:
wah pandai berpuisi :)
selamat maju jaya hehe
gud luck kak.. terima kasih tag saya tapi saya xpandai berpuisi,, huhu :(
alif pun boleh join...walaupun akak tak tag alif..tapi contest di mengalu-alukan semua..:) sila-sila...
eyqha : akak pun belasah jer...dok pikir - pikir gak...idea tak datang ..hehhee..
Post a Comment