Kawan Blog

Nombor Anda..:)

11 September 2012

Masih Berasa Opah Menunggu Kami Di Kampung

Assalamualaikum...

Raya tahun ini, lambat sikit kami beraya di rumah opah...kebiasaanya dalam raya kedua atau ketiga kami mesti dah beraya di Taiping...Changkat Ibol - Taiping...Kali ni, raya ke empat baru kami kesana.

Masa dalam perjalanan ke rumah opah, kami sempat singgah di kedai makan untuk membeli makanan siap dan basah. Nak kenduri seperti biasa di rumah opah...

Dan dalam perjalanan itu jugak, aku masih berasa opah sedang menunggu kami di rumah...ATAU setidak-tidaknya aku akan berjumpa dengan opah sekejap lagi...Sudah setahun tak jumpa opah. Last bersembang dengan opah pun, melalui telefon sebelum bulan puasa.

Begitulah yang aku rasa setiap kali pergi dalam perjalanan kerumah opah tahun-tahun sebelum ini pun. Perasaan yang biasa...kenkadang ada rindu pada Opah...teringat? pasti lah sentiasa....

Menyusuri jalan yang masih kekampungan itu, membuatkan aku tersedar.....mmmm, rupanya aku terlalu terbiasa dengan perasaan itu...opah tidak lagi menunggu kami di rumahnya....Cu yang sedang menunggu kami sekeluarga. Bukan lagi opah.....

Rupanya , Opah menunggu kami di tempat persinggahan sementara menanti hari kiamat. Opah sudah tiada.
Opah baru sahaja pergi 4 hari sebelum hari raya...Perginya opah pada awal pagi Rabu-15.08.12....Menemani opah di hospital adalah mak....:)

Aku sendiri bergegas pulang ke Taiping untuk melawat Opah kali terakhir pada hari berkenaan. Tapi tiada rezeki kami sefamily (aku-suami dan adik-isteri) kerana arwah sudah pun di kebumikan ketika kami sampai. Hanya sempat mendengar Pak Su Farid (anak saudara opah) membacakan talqin buat kami semua.

Semoga opah tenag disisi Allah...ditempatkan bersama orang yang beramal soleh dan beriman. Opah seorang yang rajin berzikir, dan sentiasa bersikap baik. Walaupun opah sudah berumur 88 Tahun, tapi opah tidak mengalami penyakit nyanyuk. Malah opah masih ingat akan kami-cucu opah semua cuma pandangan mata sahaja sudah kabur. Mungkin Berkat amalan opah yang suka membaca quran dan berzikir.

Al-Fatihah untuk Arwah Opah, Aki, Tok, Tok Wan dan Abah.



Bawa Cu, Opah, Mak & Semua kakak berkelah di Tasik Shah Alam .Selepas itu kami ker Masjid Biru Shah Alam...


Santai Di I-CITY....opah tak larat nak jalan..cuma nak bagi opah tengok lampu2 di i-city



Makan-makan Ikan Bakar- Jeram



Opah...kami akan sentiasa doakan Opah Berbahagia Disana....

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh

Labels

NakCeritaJerr... (228) Kisahku (69) Dunia Amira (58) More Than Words (45) Dunia Qaseh (42) PeringatanTuu.. (33) CiterrMereka.. (31) Cerita Makan (25) MacamLerKreatipSangat.. (24) SegmenIbu (20) Rumah Idaman (15) CeritaTanaman (14) Tips (13) BangkuKosong (8) Cerita Serius... (8) CeritaSekolah (7) Terengganu (6) NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya (5) Cerita Travel (4) Visit Malaysia (4) Cerita Hari Raya (3) DuluDulu (3) Broga (2) Korea (2) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020 (2) PKP 2020 (2) PKP 3.0 (2) PKP Kedua (2) PKPD 2020 (2) PSRA2016 (2) Sugar Glider (2) Tasik Kenyir (2) Tempat Cantik Di Korea (2) Tutty n Fruity (2) UPSR2016 (2) Ucapan Selamat Hari Lahir (2) UiTM (2) cerita kreatif (2) hiking (2) Anaksulong (1) BEIJING (1) BELAJAR JARAK JAUH (1) BELAJAR MODE FLEKSIBEL (1) Belimbing Buluh (1) BukitGasing (1) CHINA (1) COVID19 MALAYSIA (1) Daddy (1) Diari (1) EqbalZack (1) FINAL TEST (1) FREETRIP (1) GINAL EXAM (1) ICEPS (1) INC450 (1) Jeju -Do (1) Kawan di Era 20 (1) Kenangan Bersama Arwah (1) Lesen Memandu Antarabangsa (1) LimauMadu (1) MCO (1) MELANCONGPERCUMA (1) MINGGU KE 14 UiTM. (1) MasukSekolah (1) Melancong (1) Motivasi (1) Nami Island (1) Nasihat (1) PELAJAR TUA (1) PJJ (1) PKPB SELANGOR (1) Pantai Batu Buruk (1) Pasar Besar Kedai Payang (1) PengalamanMengusikIngatan (1) Pulau Air Terjun Saok (1) Pulau Herba (1) Pulau Jeju (1) Rabbits (1) Ramadah2021 (1) Raya Di Bandar (1) Raya Tak Boleh Balik Kampung (1) SECOND DEGREE (1) Selamat Hari Lahir (1) Seogwipo Jeju (1) Syawal 1442 H (1) Taman Tamandun Islam (1) Travel Ke Jeju (1) Upin Ipin (1) Vacation (1) Versi Kawan (1) Visit Jeju (1) WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE (1) Yongmoeri Coast (1) brogahill (1) bukitbroga (1) haji (1) shah alam (1) treking (1) umrah (1)