Kawan Blog

Nombor Anda..:)

02 January 2013

Permulaan Timbangan? Si Dia Makin Membesar

Assalamualaikum...
Hari ni hari pertama sessi persekolahan 2013 di kebanyakkan negeri di Malaysia. Pagi ni siap2kan serba sedikit kakak amira kesekolah. Dia memang tak sabar nak kesekolah sejak 2-3 hari lepas. Jenuh juga nak tenteramkan dia yang sgt excited sediakan beg, teman ibu jahitkan lencana sekolah, siapkan baju sekolah, siapkan semua baju untuk di seterika...memacam lagi. Bab bertanyakan soalan itu ini lagi lah jenuh nak menjawab. haiiiiii....
 
Tahun ni Amira terpilih menjadi pengawas sekolah. Semua pakaian putih-biru sebelum ni terpaksa di simpan dalam kotak. Set pakaian pengawas ditukar kepada warna pink-maroon. Kiranya seperti masuk sekolah baru lah plak. Tudung kali ni dah taknak yang versi lycra. Mahu yang 2 lapis katanya. Tudung 2 lapis tu seperti tudung sekolah kiter yang biasa2 tu la....:)
 
Membetulkan pemakaian tudung amira pagi ni, buat hati rasa sayu. Sudah darjah 3 anak sulong ibu ni. Memang terasa sgt baru jer bersalinkan Amira, pagi ni dia dah masuk Alam Baru. Alam yang mungkin bermulanya buruk baik perbuatannya dicatat. Mungkin telah mula tempohnya daddy perlu menanggung segala amal kurang baik Amira. Solat, puasa, hikmah, pergaulan dan semuanya. Sudah cukup ker apa yang kami cuba terapkan. Kebiasaan melakukan kebaikan? Kebiasaan menjalankan ibadah solat? .....Segala kekurangan Amira adalah berpunca dari kekurangan ajaran dan perhatian dari kami - ibubapanya... :(..seharusnya perkara itu kami perlu mohon maaf.
 
Banyak juga masa yang terluang , terlepas begitu sahaja. Dengan masih mengharap, akan diperbetulkan di masa hadapan. Tetapi masa yang datang masih dibiarkan. Peluang yang terlepas tidak terisi dengan pengajaran kehidupan sebaik mungkin. Maka kelak, kami (ibubapa) juga yang rugi.
 
Sama-sama perlu berubah. Anak-anak adalah acuan yang ibubapa jadikan. Jika panjang umur, boleh lah melihat apa hasilnya nanti. Jika tiada kesempatan, bekalan yang diberi itu moga dipegang erat dan terus menjadi seperti apa yang ibu - daddy doakan...:)
 
Amira ,
Mungkin masa yang ada sudah tidak berapa lama lagi. Pergunakanlah sebaiknya. Jadilah insan yang memberi kebaikan kepada insan lain. Moga sentiasa dalam lindungan Allah. :)..tentunya ibu - daddy sayang pada Amira & adik Qaseh..:)
 
Sentiasalah doakan ibu dan daddy, seperti amira & qaseh selalu doakan setiap kali lepas solat..yaaa..:)
 
First day in 2013...:cayang bucuk ibu

Anak ibu..
 

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh

Labels

NakCeritaJerr... (228) Kisahku (69) Dunia Amira (58) More Than Words (45) Dunia Qaseh (42) PeringatanTuu.. (33) CiterrMereka.. (31) Cerita Makan (25) MacamLerKreatipSangat.. (24) SegmenIbu (20) Rumah Idaman (15) CeritaTanaman (14) Tips (13) BangkuKosong (8) Cerita Serius... (8) CeritaSekolah (7) Terengganu (6) NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya (5) Cerita Travel (4) Visit Malaysia (4) Cerita Hari Raya (3) DuluDulu (3) Broga (2) Korea (2) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020 (2) PKP 2020 (2) PKP 3.0 (2) PKP Kedua (2) PKPD 2020 (2) PSRA2016 (2) Sugar Glider (2) Tasik Kenyir (2) Tempat Cantik Di Korea (2) Tutty n Fruity (2) UPSR2016 (2) Ucapan Selamat Hari Lahir (2) UiTM (2) cerita kreatif (2) hiking (2) Anaksulong (1) BEIJING (1) BELAJAR JARAK JAUH (1) BELAJAR MODE FLEKSIBEL (1) Belimbing Buluh (1) BukitGasing (1) CHINA (1) COVID19 MALAYSIA (1) Daddy (1) Diari (1) EqbalZack (1) FINAL TEST (1) FREETRIP (1) GINAL EXAM (1) ICEPS (1) INC450 (1) Jeju -Do (1) Kawan di Era 20 (1) Kenangan Bersama Arwah (1) Lesen Memandu Antarabangsa (1) LimauMadu (1) MCO (1) MELANCONGPERCUMA (1) MINGGU KE 14 UiTM. (1) MasukSekolah (1) Melancong (1) Motivasi (1) Nami Island (1) Nasihat (1) PELAJAR TUA (1) PJJ (1) PKPB SELANGOR (1) Pantai Batu Buruk (1) Pasar Besar Kedai Payang (1) PengalamanMengusikIngatan (1) Pulau Air Terjun Saok (1) Pulau Herba (1) Pulau Jeju (1) Rabbits (1) Ramadah2021 (1) Raya Di Bandar (1) Raya Tak Boleh Balik Kampung (1) SECOND DEGREE (1) Selamat Hari Lahir (1) Seogwipo Jeju (1) Syawal 1442 H (1) Taman Tamandun Islam (1) Travel Ke Jeju (1) Upin Ipin (1) Vacation (1) Versi Kawan (1) Visit Jeju (1) WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE (1) Yongmoeri Coast (1) brogahill (1) bukitbroga (1) haji (1) shah alam (1) treking (1) umrah (1)