Aliyah
" Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin
terkedu. Adakah pendengarannya
kian kabur lantaran usianya yang kian
beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh
bukanlah. TV sedang menayangkan iklan
Sunsilk,mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin,
kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur.
Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk
diteguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.
Rutin hariannya, mencium
puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi,
rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini,
anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si
kembar, Solehin dan Farihin.
Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya
diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya.
Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia
sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah
adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan pembantu
tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan
lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan
seseorang yang mampu memimpin Qis,"
masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh,
cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak
seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah
bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar
menjerat hatinya.
"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan
wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang
panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi
ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang
jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik
benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah
buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya
tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain,
alamatnya perang
dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-
dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah
seorang tentera yang disimbah dengan
asid, gara-gara menyuarakan keinginan
untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai
hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan.
Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata
Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia
memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh
Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah
lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina
mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya
berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah.
Jangan haraplah jika
nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas
dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak
mengetahui ke mana
Qistina pergi.
Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan
dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu,
hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak
menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di
masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta
anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid.
Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca
AlQuran secara bertaranum itu adalah
kesukaannya. Namun, lenggok Qistina
melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar- benar sunyi. Sunyi
dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya,
Asraf Mukmin yang dulu.
Asraf Mukmin anak
Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis
air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah
menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada
kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan
pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah
hensetnya, ada sekeping sampul besar.
************ ********* ********* ********* ********* ********* *********
**
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir
saiz dengan A4 itu dibuka
perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada
Qistina. Terima kasih kerana
Abg membawakan Aliyah seorang calon madu
yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan
penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan
Aliyah yang sudah tidak
nampak bentuk badan.
Baju-bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana
menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun,
masih belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org
lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak,
apatah lagi western food. Tapi,
Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk
kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah
kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di
sebuah restoran western food, Abg muntahkan
semua makanan western
food tu. Lagi satu,
anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la
pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut
dibuatnya. Aliyah minta dia jadi
Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang
lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam
dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan
Abg...
Abg yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu,
Aliyah tak terdaya.
Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1
hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian
yang jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah
siap Aliyah tandatangan.
Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke
Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan
tindakan Abg ini,
ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa
nak cakap,Qistina telah berada di sawarak.
Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum
cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding denganAliyah. ..
Aliyah sayangkan Abg.
Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan
sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti
Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama
hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia
tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !
p/s Walaupun agar longgar kesempurnaan pada sifat Aliyah, tapi dia disifatkan sebagai sangat berhemah dalam mengambil tindakan menghadapi masalah peribadi dan luaran..
No comments:
Post a Comment