السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apa khabar pembaca? Sekarang ini musim PKP. Masa PKP 1 start 18 Mac 2020 ritu ada juga teringat nak berblogging. Tapi masa tu sibuk benar dengan tugas opis. Masa tu ngam-ngam time kami tengah berhempas pulas nak siapkan penyata tahunan. Mana nak suaikan diri dengan WFH, mana nak suaikan diri bermain dengan Laptop sepanjang masa, mana nak uruskan hal rumah dalam tempoh WFH, mana nak sediakan dokumen secara 'MAYA'. Allahhu...namun tetap berharap semoga semuanya beroleh hikmah yang dirahsiakan Allah. Alhamdulillah, walaupun sibuk namatie masa tu, berkat kerjasama rakan seopis, bosses, team sistem, kerja-kerja menyiapkan penyata kewangan tahunan dapat dijalankan dengan baik. Untuk part kami orang bawahan ni ok je. Selebihnya di serahkan kepada Bos.
Ok, sekarang beberapa kawasan & negeri dah mula PKP semula. Termasukkan aku di area Petaling. Cuma kali ni PKPB ( Perintan Kawalan Pergerakan Bersyarat). Ekonomi kebanyakkannya boleh beroperasi. Tidak seketat dan semurung PKB1 tempoh hari. Sumber makanan lebih murah di perolehi. Penjual pun sudah pandai nak beroperasi 'cara PKP'. Bagus.
Ok. Setakat ini dulu. Salam Maulidurrasul. Hari ini 12 RabiulAwal. Hari Kelahiran Rasullullah. Mari perbanyakan selawat keatas junjungan nabi kita.
Aku undur diri dahulu. Semoga dapat sambung blogging dalam masa terdekat. Ada banyak kerja opis yang nak kejar untuk disiapkan. Mari siap kan!!
Adios... :)

No comments:
Post a Comment