Alhamdulillah,
Dalam sedih meninggalkan Ramadhan, kita tetap membuat persiapan menyambut Syawal.
Persiapan kali ni, semuanya homemade. Dari anyam ketupat, pusing & tarik daun palas, sampailah kepada merendang ayam + kerang dan kuah kacang.
Beberapa hikmah yang diperolehi dari persiapan hari ini.
1) Beginilah semangat ibu kita selama ini. Betapa kuat kederat yang dikerahkan. Mungkin seawal pagi sudah mulakan persiapan masakan. Esok di hari raya belum rehat juga. Tapi, demi nak gembirakan keluarga, rehat ditangguhkan aje.
2) Beginilah sibuknya ibu kita menyediakan seluruh isi rumah kepada sambutan hari raya Aidilfitri. Bayangkan jika tak dibantu? Bayangkan kalau selama ni ko merap ja di bilik? Atau ko balik kampung cuma ngarah itu ini je?
3) Beginilah rupanya memasak masakan yang aku rasakan susah dan renyah selama ini. Bila dah buat, rasa puas dihati itu lebih tinggi rupanya. Ya, memang renyah. Tapi berbaloi melalui kesusahan tu. Untuk aku, ia berbaloi sebab sudah lama ambil kaedah 'shortcut'.
4) Beginilah rupanya, kenapa kami berbuka puasa dengan makanan hari raya. Sebab dah tak larat nak sediakan makanan pelbagai jenis bila dah penat siapkan makanan hari raya. Kalau di kampung aku pun beginilah juga. Orang Perak beginilaa.
5).... Ada idea lagi? Aku dah takde idea. Cukup itu je dulu.
💙💙💙💙
No comments:
Post a Comment