Morning.
Sekarang jam menunjukkan jam 8.31 pagi (Malaysia). Aku tukar nama blog aku dari 'ibusumaiyah' kepada 'LindaMdZain'. Panjang sikit tapi inilah yang diluluskan oleh blogspot.
Dah lama juga bercadang nak tukar nama blog tapi sebelum ni dah kurang-kurang berkongsi melalui blogspot. Yelah kan, lambakan sosial media sekarang ni kadang kala menjadikan kita leka. Leka sebab nak memahami penggunaannya, leka dengan posting yang lalulalang. Leka juga dengan perasaan nak tahu macamana boleh dijadikan duit dengan sesuatu sosial media tu.
Menukar nama blog pasti ada kesan dan risiko nya juga.
Pertama, follower kita sudah tidak lagi dapat melihat link kita. Umpana hilang jejak. Kerana link yang di ikuti adalah link lama. Namun, perlu gigih sedikit mencari semula trafik agar ia naik semula. Kalau ayat TikTok...FYP.
Kedua, ini adalah salah satu jenis aktiviti penjenamaan semula. Bagi mereka yang telah dikenali, kadangkala penjemaan semula nama media penting untuk dikenali semula. Kadang ia melibatkan perasaan yang lega dan seperti ada sesuatu yang telah kita lepaskan dan gembira untuk meneruskan dengan domain baru.
Ketiga...mmm rasanya kesan paling ketara dah cerita pada para pertama. Kesan ketiga ni tak popular sangat untuk diutarakan. Maybe persisian sahaja. Jadi maybe boleh fokus kepada kesan positif di point kedua.
No comments:
Post a Comment