Kawan Blog

Nombor Anda..:)

14 September 2009

Beratus Yahudi Israel Peluk Islam Setiap Tahun

Buat tatapan diri saya dan mereka yang sudi melawat blog saya...suka saya menyiarkan berita yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini dari mana-mana blog kesukaan saya...

Berita ini saya perolehi dari blog 'SIFU MAYA' saya...http://keranacinta.wordpress.com/2009/09/13/beratus-yahudi-israel-peluk-islam-setiap-tahun/#comment-617


Selama membaca....

********************************************






Dikirim oleh ummuabbas dalam Islamika.





فَمَن يُرِدِ اللّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا
حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاء كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak dan sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Al-An’am 6:125

***************************************



Seorang Yahudi yang memeluk Islam. Allahuakbar!
Setiap tahun, beratus warga Yahudi yang tinggal di Israel mengunjungi pejabat Kementerian Undang-undang untuk mengisi borang permohonan menukar agama dan memilih Islam sebagai agama baru. Sementara itu, para aktivis Yahudi yang menentang fenomena ini mengatakan, tidak semua Yahudi yang masuk Islam melaporkannya ke Kementerian Undang-undang.
Media kedua terlaris di Israel setelah akhbar harian Yedioth Ahronoth, iaitu Tabloid Maarif yang berpusat di Tel Aviv melaporkan, bahawa beberapa data serta angka-angka menunjukkan beratus warga Yahudi telah memeluk Islam. Tabloid yang kini juga terbit dalam versi bahasa Arab ini mengulas, bahawa fenomena ini sudah berlangsung sejak lima tahun terakhir.
Tabloid ini turut memberitahu, berpuluh-puluh warga Yahudi telah meninggalkan agamanya dan memeluk agama Kristian. Data dua tahun terakhir menunjukkan, dari 360 Yahudi yang melapor ke Kementerian Undang-undang untuk mengubah agamanya, 249 di antaranya menyatakan memeluk Islam dan bakinya ingin berpindah ke agama Kristian. Hal ini menunjukkan bahawa setiap tahun sekitar 100 orang Yahudi menukar agama, baik ia agama Islam maupun Kristian. Angka ini meningkat sejak tahun 2008 sehingga ada 142 Yahudi yang menyatakan masuk Islam pada tahun ini.
Tabloid Maarif menjelaskan, sejak tahun 2009 hingga sekarang, terdapat 32 Yahudi yang mengajukan permintaan mengubah agama. Angka-angka ini menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Yahudi.

Di pihak lain, seorang anggota persatuan “Keluarga Yahudi Selamanya” menyatakan, “Jumlah Yahudi yang menukar agamanya dan memeluk Islam tidak sama seperti mana diberitakan oleh media, kerana ada beratus Yahudi lain yang memeluk Islam tapi tidak melaporkannya ke pihak berwajib.”

Sementara itu, salah seorang anggota Knesset bernama Adri Orbench menyatakan, “Setiap warga Yahudi yang pindah agama akan sangat merugikan bangsa Yahudi.”
Sumber: eramuslim.com
*************************

Ummu Abbas: Kemasukan Yahudi ke dalam agama Islam merupakan satu tempelak yang maha kuat kepada gerakan Zionis sedunia. Mereka menyangka mereka dapat menguasai dunia, kaum mereka sendiri tidak berjaya mereka bendung dari memeluk Islam. Bersabarlah kita dalam memperjuangkan Islam di muka bumi kerana pertolongan Allah itu sangat dekat serta datang tanpa disangka-sangka apabila kita memenuhi syarat kemenangan.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Isnin
24 Ramadhan 1430H

No comments:

Cerita Sejak 2008

Award Dari Suharti.....:)

Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh

Labels

NakCeritaJerr... (228) Kisahku (69) Dunia Amira (58) More Than Words (45) Dunia Qaseh (42) PeringatanTuu.. (33) CiterrMereka.. (31) Cerita Makan (25) MacamLerKreatipSangat.. (24) SegmenIbu (20) Rumah Idaman (15) CeritaTanaman (14) Tips (13) BangkuKosong (8) Cerita Serius... (8) CeritaSekolah (7) Terengganu (6) NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya (5) Cerita Travel (4) Visit Malaysia (4) Cerita Hari Raya (3) DuluDulu (3) Broga (2) Korea (2) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020 (2) PKP 2020 (2) PKP 3.0 (2) PKP Kedua (2) PKPD 2020 (2) PSRA2016 (2) Sugar Glider (2) Tasik Kenyir (2) Tempat Cantik Di Korea (2) Tutty n Fruity (2) UPSR2016 (2) Ucapan Selamat Hari Lahir (2) UiTM (2) cerita kreatif (2) hiking (2) Anaksulong (1) BEIJING (1) BELAJAR JARAK JAUH (1) BELAJAR MODE FLEKSIBEL (1) Belimbing Buluh (1) BukitGasing (1) CHINA (1) COVID19 MALAYSIA (1) Daddy (1) Diari (1) EqbalZack (1) FINAL TEST (1) FREETRIP (1) GINAL EXAM (1) ICEPS (1) INC450 (1) Jeju -Do (1) Kawan di Era 20 (1) Kenangan Bersama Arwah (1) Lesen Memandu Antarabangsa (1) LimauMadu (1) MCO (1) MELANCONGPERCUMA (1) MINGGU KE 14 UiTM. (1) MasukSekolah (1) Melancong (1) Motivasi (1) Nami Island (1) Nasihat (1) PELAJAR TUA (1) PJJ (1) PKPB SELANGOR (1) Pantai Batu Buruk (1) Pasar Besar Kedai Payang (1) PengalamanMengusikIngatan (1) Pulau Air Terjun Saok (1) Pulau Herba (1) Pulau Jeju (1) Rabbits (1) Ramadah2021 (1) Raya Di Bandar (1) Raya Tak Boleh Balik Kampung (1) SECOND DEGREE (1) Selamat Hari Lahir (1) Seogwipo Jeju (1) Syawal 1442 H (1) Taman Tamandun Islam (1) Travel Ke Jeju (1) Upin Ipin (1) Vacation (1) Versi Kawan (1) Visit Jeju (1) WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE (1) Yongmoeri Coast (1) brogahill (1) bukitbroga (1) haji (1) shah alam (1) treking (1) umrah (1)