26 Sept 2009
Kesedihan ditinggalkan Ramadhan masih berbekas..namun kemeriahan Syawal tidak dibiarkan..malah disambut dengan penuh kesyukuran...kerana diberi kesempatan menyambutnya..
Pagi Syawal, saya sekeluarga sampai dari Klang dalam jam 7 pagi. Cik Abang memang dah plan nak bertolak jam 3 pagi, 1 Syawal...
Selesai solat sunat Aidilfitri kami ramai-ramai menziarahi kubur arwah abah..Ini kali pertama kami beraya tanpa abah..Walaupun ramai lagi yang pernah menghadapi keadaaan begini tapi bagi kami ini adalah yang pertama...
Sedih Ramadhan berlalu salah satunya kerana..penghuni kubur kembali di hisab.......ALFATIHAH dihadiahkan buat abah yang tersayang...sememangnya perasaan hiba itu sukar diungkap dengan apa juga perkataan.
Masa tetap berlalu pergi..sama ada kita sedar atau tidak, samaada suka atau tidak...Aidilfitri tetap bertamu...Selagi masa masih beredar...
Hanya gambar sebagai perhiasan laman maya saya...
Gobok usang di rumah Ngah, HULU Keruh, Kuala Kangsar











No comments:
Post a Comment