Ahad
27. 09. 09
Salam,
Semalam memang tak sabar mahu buat entry syawal. Begitu juga hari ini, ternyata banyak sekali yang ingin dirakamkan sebagai kenangan disini...
Raya tahun ini tiba giliran rumah saya di Kampung Bakar Bata, Ayer Tawar Perak. Keadaan yang sesak, hingar bingar, hiruk pikuk, huru hara dan pelbagai lagi situasi yang seumpamanya telah dapat digambarkan untuk raya kali ini. Maklumlah..semua anak-anak mak yang kesemuanya 10 orang bersama 15 orang cucu yang sedang membesar pulang beraya bersama-sama. Semua ini telah membuatkan rumah opah yang 'berkotak-kotak' itu bertambah kecil. Maka terjadilah..semua orang bercakap dan tiada siapa yang mendengar... heheheh
Walaupun telah diketahui begitu, saya tetap merindui suasana itu dan tak sabar nak tiba dikampung. Akhirnya, saya tiba pagi raya. Lantaran cik abang tidak mahu menempuh kesesakan jalanraya maka kami bertolak dari Klang jam 3 pagi. Alhamdulillah.
Jadual pagi raya kami berubah dan beralih kepada agenda yang bakal tetap di setiap hari raya akan datang iaitu menziarahi kubur abah. Namun begitu saya tidak akan melupakan untuk menziarahi kubur abah jika berpeluang balik ke kampung dilain waktu..
'Menziarahi kubur ibubapa yang meninggal pada hari jumaat adalah sebagai kewajipan pada si anak' kata -kata ustaz dari corong radio masih saya ingat.
Kubur abah dan tok masih belum berbatu nisan. Saya merasa bersalah kerana terlalu mengharapkan mak dan Azizi untuk menguruskan semuanya. InsyaAllah, saya akan usahakan selepas ini.
Keluarga saya terus bertolak ke Batu Hampar untuk beraya di rumah abah mertua pula..Disini rumah tetap yang akan kami ziarahi adalah rumah Tok n Mak Cik, Teh, Lang. Raya tahun ini kurang rancak kerana Abang Long ( abang ipar suami ku) beraya di Pulau Pinang. Jika tidak..panjang lagi lah langkah kami.
Petang, saya balik ke Kg Bakar Bata ( rumah saya ).
Raya Kedua
Dari awal lagi saya telah bercadang untuk ke rumah Kak Ma di Changkat Jering ,Taiping, sambil terus ke rumah Opah di Changkat Ibol. Tetapi yang terjadi adalah : saya beraya di rumah Duan - Atie terlebih dahulu.. kemudian kami berombongan kerumah Sazila -Yusman. Tak dapat menolak untuk menyertai rombongan ini kerana ingin benar bertemu rakan-rakan sekolah yang dah lama tak ketemu. Seterusnya saya, Duan-Atie kerumah Mimi. Tambah lagi rakan rombongan kami menuju ke rumah Azilah di Kampung Dendang, Bruas. Memang riuh bila bertemu semula. Pelbagai cerita sensasi dahulu kala keluar sampai tak kering gusi malah meleleh air mata kami ketawa mengingatkan perkara lucu lebih 10 tahun yang lalu...Saat yang amat menggembirakan...
Perjalanan pulang kami berakhir dengan berkunjung secara tiba-tiba kerumah Rosman, sahabat karib saya di wkatu persekolahan dulu. Sahabat karib dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kami pernah tidak bertegur sapa selama hampir setahun lebih dan 'dibaiki semula' pada penghujung persekolahan kami di tingkatan 5. Bertemu semula dengan Rosman pada hari persandingan saya lebih kurang 7 tahun yang lalu. Sejak itu tiada lagi tegur sapa antara saya dengan dia. Hanya beberapa bulan ini sahaja yang menemukan kami semula...itu pun hanya dialam maya...FACEBOOK.
Telah lama mengetahui dia sedang belajar di negara Jepun. Alhamdulillah..menjadi jugak keluaran SMRS Bruas ni.. Sememangnya telah ramai yang menempa kejayaan dalam bidang masing-masing. Memang patut kami mengadakan pertemuan semula dengan batch 96. Masih ramai lagi yang belum ketemu...
Saya akui..Syawal kali ini benar-benar memberi kenangan berharga. Sedikit rasa kesal kerana tidak banyak foto yang sempat diabadikan. Hanya beberapa yang diambil secara 'candid' di rumah Azilah sahaja. Saya berharap di beri kesempatan lagi untuk bertemu rakan-rakan sekolah di lain masa...
Hari ini akan menjadi kenangan pada hari esok...
Sekian...
Dunia Ini Bulat Berada Di Pusingan Atas Kemudian Akan Kebawah Juga Apa Yang Diberi Akan Pasti Diterima Juga
Kawan Blog
Nombor Anda..:)
27 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tengok Sini Dulu Meh...(NEW)
Cerita Sejak 2008
Award Dari Suharti.....:)
TQVM suharti...muuuahhh
Labels
NakCeritaJerr...
(228)
Kisahku
(69)
Dunia Amira
(58)
More Than Words
(45)
Dunia Qaseh
(42)
PeringatanTuu..
(33)
CiterrMereka..
(31)
Cerita Makan
(25)
MacamLerKreatipSangat..
(24)
SegmenIbu
(20)
Rumah Idaman
(15)
CeritaTanaman
(14)
Tips
(13)
BangkuKosong
(8)
Cerita Serius...
(8)
CeritaSekolah
(7)
Terengganu
(6)
NakCeritaJerr...Cerita Hari Raya
(5)
Cerita Travel
(4)
Visit Malaysia
(4)
Cerita Hari Raya
(3)
DuluDulu
(3)
Broga
(2)
Korea
(2)
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA 2020
(2)
PKP 2020
(2)
PKP 3.0
(2)
PKP Kedua
(2)
PKPD 2020
(2)
PSRA2016
(2)
Sugar Glider
(2)
Tasik Kenyir
(2)
Tempat Cantik Di Korea
(2)
Tutty n Fruity
(2)
UPSR2016
(2)
Ucapan Selamat Hari Lahir
(2)
UiTM
(2)
cerita kreatif
(2)
hiking
(2)
Anaksulong
(1)
BEIJING
(1)
BELAJAR JARAK JAUH
(1)
BELAJAR MODE FLEKSIBEL
(1)
Belimbing Buluh
(1)
BukitGasing
(1)
CHINA
(1)
COVID19 MALAYSIA
(1)
Daddy
(1)
Diari
(1)
EqbalZack
(1)
FINAL TEST
(1)
FREETRIP
(1)
GINAL EXAM
(1)
ICEPS
(1)
INC450
(1)
Jeju -Do
(1)
Kawan di Era 20
(1)
Kenangan Bersama Arwah
(1)
Lesen Memandu Antarabangsa
(1)
LimauMadu
(1)
MCO
(1)
MELANCONGPERCUMA
(1)
MINGGU KE 14 UiTM.
(1)
MasukSekolah
(1)
Melancong
(1)
Motivasi
(1)
Nami Island
(1)
Nasihat
(1)
PELAJAR TUA
(1)
PJJ
(1)
PKPB SELANGOR
(1)
Pantai Batu Buruk
(1)
Pasar Besar Kedai Payang
(1)
PengalamanMengusikIngatan
(1)
Pulau Air Terjun Saok
(1)
Pulau Herba
(1)
Pulau Jeju
(1)
Rabbits
(1)
Ramadah2021
(1)
Raya Di Bandar
(1)
Raya Tak Boleh Balik Kampung
(1)
SECOND DEGREE
(1)
Selamat Hari Lahir
(1)
Seogwipo Jeju
(1)
Syawal 1442 H
(1)
Taman Tamandun Islam
(1)
Travel Ke Jeju
(1)
Upin Ipin
(1)
Vacation
(1)
Versi Kawan
(1)
Visit Jeju
(1)
WRITING ELEMENTS BY ARISTOTLE
(1)
Yongmoeri Coast
(1)
brogahill
(1)
bukitbroga
(1)
haji
(1)
shah alam
(1)
treking
(1)
umrah
(1)
No comments:
Post a Comment